ENAFIAN, pendedahan dan pembelaan pihak yang berkepentingan dalam kes Skandal Hong Kong yang melibatkan 'The Untouchable Mr Underwear Michael Chia' dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman semakin mencuri perhatian semua pihak; terutama setelah digembar-gemburkan media alternatif seperti Sarawak Report dan media 'lidah bercabang' di Majlis Ceramah Pakatan Rakyat.
Nampaknya semakin banyak 'Burung Kakak Tua' yang hanya tahu mengucapkan 'Good Morning' walaupun pada waktu senja atau malam buta kerana tidak mengetahui duduk perkara sebenarnya; bagaikan lelaki buta mentafsir kecantikan perempuan dengan meraba wajah seorang nenek tua yang menyangka kedutan pada wajah dan leher adalah baju yang belum diseterika.
Percanggahan fakta yang ditimbulkan oleh setiap 'Burung Kakak Tua' ini membingungkan rakyat Sabah yang sudah lama bingung dengan pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh Sarawak Report, Malaysia Kini dan setiap ceramah Pakatan Rakyat yang mereka hadiri.
Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, misalnya, telah menjadi 'Maha Pengkarya Cerita' yang membentangkan Versi Skandal Hong Kong yang berbeza sehingga 'menulis skrip dan lakon layar' cerita bahawa Musa Aman disiasat ICAC seolah-olah terpengaruh dengan sequel thriller Filem James Bond 007, 'Skyfall' yang bakal ditayangkan di Malaysia pada 1 November 2012.
Persoalannya, siapakah yang benar dalam soal ini? Kenapa isu 'dongeng pembangkang' ini mendapat perhatian 'Back Bencer' terutama Rahman Dahlan yang duduk di dalam Lembaga Penasihat Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah SPRM? Tidakkah nanti rakyat menuduh SPRM tidak boleh dipercayai kerana salah seorang Lembaga Penasihatnya menjadi 'Penulis Skrip dan Lakon Layar' filem 'The Untouchable Mr Underwear Michael Chia Tien Foh?'
Walaupun Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said berjaya menolak beberapa usul yang dikemukakan oleh SAPP dan DAP untuk membahaskan isu berkenaan, namun dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuat Rahman Dahlan dan Back Bencher di Parlimen, 60 Wakil Rakyat Sabah akan banyak membuang masa kepada perkara yang telah dibuktikan tidak benar oleh SPRM dan ICAC.
Sikap SPRM dan kebanyakan rakyat Sabah yang gemar kepada cerita politik kedai kopi telah membuatkan tali hayat pembangkang semakin menyubur di Sabah kerana rakyat lebih gemar kepada 'Hear Say' sedangkan Mahkamah Malaysia menghendaki setiap pertuduhan itu dibuktikan melalui bukti yang 'melampaui keraguan munasabah' (beyond reasonable doubt).
Akibatnya, banyak kes rasuah yang disiasat SPRM hanya sampai ke peringkat 'sebutan kes' sahaja kerana SPRM terlalu melayan desakan politik sehingga menumpukan kepada 'Pengakuan' dan bukannya mencari bukti yang 'melampaui keraguan munasabah'.
Segala dokumen dan pengakuan yang didedahkan Sarawak Report dan Media Alternatif; termasuk media antarabangsa seperti Wikileak dan Reuters tidak boleh 'berinteraksi' di Mahkamah, malah cara perolehan dan ketepatannya diragui. Maka sudah pasti Mahkamah Malaysia akan menolaknya kerana tidak mempunyai bukti yang 'melampaui keraguan munasabah'.
Umum tahu bahawa SPRM telah menjalankan tugasnya menjalankan siasatan tanpa pilih kasih dengan menyiasat dan menangkap hampir semua suspek yang disyaki terlibat dengan Skandal Hong Kong; termasuk Michael Chia (bersaudara), Nasir Yeo, Richard Barnes, Loh Man Heng dan lebih 25 suspek lain; namun kesemuanya telah dibebaskan setelah SPRM tidak menemui sebarang bukti atau elemen yang boleh mensabitkan mereka dengan kes rasuah, salahguna kuasa dan jenayah.
Membuat tafsiran sendiri dan menjaja cerita kaki lima dalam Skandal Hong Kong adalah kerja 'Little Napoleon' di dalam UMNO yang memang berhasrat untuk menjatuhkan Musa Aman dan menjadi pengkhianat kepada Barisan Nasional; terutama secara terang lagi bersuluh, membiayai pembangkang membuat laporan rasmi terhadap ICAC di Hong Kong.
Persoalannya, siapakah 'Little Napoleon' itu?
No comments:
Post a Comment