Wednesday 10 October 2012

DASAR BELIA PERLU SEALIRAN DENGAN PEMIKIRAN BELIA DI PERINGKAT AKAR UMBI :AZMAN


BEAUFORT : Pelaksanaan dasar belia yang dilaksanakan oleh kerajaan, perlu sealiran dengan pemikiran orang muda di peringkat akar umbi untuk mengelakkan kelesuan persatuan belia.

Ketua Pemuda Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS Azman Datuk Seri Panglima Lajim  berkata, jika  ianya tidak dselaraskan , ianya akan membentuk jurang antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) belia dengan Kerajaan sekali gus membantutkan kegiatan generasi muda.

Menurutnya, dasar yang kerap berubah, malah kadangkala belum sempat dilaksanakan akan memberi kesan  kepada pengurusan sesebuah NGO.

“Golongan belia berhak mengkritik sesiapa sahaja termasuk kepimpinan kerajaan, tetapi kritikan itu perlu berasas serta tidak menimbulkan prasangka dalam kalangan masyarakat" katanya ketika ditemui selepas merasmikan penutupan kejohanan Futsal Peringkat Parlimen Beaufort di Dewan Sri Pertayu Kota Klias dekat sini baru baru ini

Mohd Azman berkata, amat dikesali kerana ada pemimpin setempat dan pihak atasan terlepas pandang aspek pembangunan modal insan golongan belia yang sangat penting.

“ Mereka hanya diberikan perhatian bila ada keperluan terutamanya untuk kepentingan politik ,mengabaikan  peruntukan kepada pembangunan belia di peringkat bawah menyebabkan faktor lesunya NGO daripada bergiat aktif,” katanya.

 Mengulas penganjuran kejohanan Futsal tersebut Mohd.Azman berkata ianya merupalan pendedahan aktiviti berbentuk riadah  yang mampu membimbing mereka ke arah nilai moral yang positif.

Beliau berkata melalui aktiviti sukan mampu meningkatkan rasa tanggungjawab golongan belia terhadap peranan dan kepentingan sokongan sosial mereka kepada masyarakat disamping mengwujudkan budaya sehat dan mengeratkan hubungan silatulrahim

“ Melalui program sukan ini, banyak bakat muda yang berkebolehan dalam sesuatu bidang sukan mampu kita tampil dan gilap peringkat demi peringkat, justeru kita yakin golongan ini mampu menonjol sebagai golongan yang boleh dibanggakan  jika semua pihak saling berkerjasama menjayakanya" katanya

SEPAK MULA.. Mohd.Azman ketika melakukan sepak mula
 sebagai  simbol penutupan kejohanan tersebut


                            TAHNIAH...Mohd.Azman ketika menyampaikan hadiah Johan kepada 
                                       ketua pasukan yang memenangi kejohanan tersebut.

No comments:

Post a Comment