Thursday, 18 October 2012

UMNO BEAUFORT SEMAKIN RETAK EMPAT LAGI AJK PEMUDA LETAK JAWATAN


BEAUFORT: Umno bahagian Beufort sekali lagi menerima kejutan apabila empat orang dari sayap kanan Pergerakkan Pemuda Umno bahagian itu  mengambil keputusan meletakkan jawatan mereka sebagai anggota parti  dan menyertai pergerakan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS)

Mereka yang diketuai oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Mohd.Azman Datuk Seri Panglima Haji Lajim bersama tiga orang ahli jawatankuasa terdiri daripada Roslan Haji Jifneh,Abdul Mumin Haji Salleh Saidin Majid dan Jislim Latip mengumumkan perkara  keputusan tersebut semasa Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang diadakan di kampung Lajau dekat sini baru baru ini.

Majlis tersebut  dihadiri oleh Pengerusi PPPS Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin, Bekas Wakil Rakyat Kuala Penyu Datuk John Ghani dan Ketua Wanita PPPS Hajah Johair  Matlani.

Jurucakap kumpulan tersebut Roslan Haji Jifneh berkata, mereka mengambil keputusan meletakkan jawatan dari ahli jawatankuasa Pergerakan Pemuda  sekaligus keluar parti kerena tidak yakin dengan arah serta perjuangan parti tersebut.

Katanya, golongan muda seperti mereka hanya diperlukan ketika parti mengadakan pemilihan juga saat-saat menghadapi pilihnaraya sedangkan pada masa masa yang lain mereka diabaikan tanpa sebarang program yang boleh membantu memperkasakan golongan tersebut menghadapi cabaran semasa terutamanya peluang peluang pendidikan,ekonomi dan sosial.

" Kami memilih keluar parti dan berjuang bersama-sama NGO PPPS sebagai wadah perjuangan kami untuk mendekati golongan belia dengan pelbagai program yang telah dan akan dirancang  yang boleh memberikan manafaat kepada golongan ini  termasuklah program program sosial, pendidikan ,agama dan ekonomi" katanya.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort Haji Mohd.Ishak Ibrahim gagal dihubungi bagi mengulas isu perletakkan jawatan tersebut, bagaimanapun seorang ahli jawatankuasa Pemuda Umno bahagian Beaufort yang sempat dihubungi dan enggan namanya disiarkan berkata, perletakkan jawatan empat anggota pergerakan tersebut merupakan satu kehilangan besar kepada pemuda Umno bahagian Beaufort.

"  Mereka ada ahli jawatankuasa yang aktif sudah tentu ianya merupakan satu kehilangan dan kerugian kepada Pemuda Umno Beaufort bagaimanapun kita hormati keputusan mereka" katanya.

Sementara itu Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort ketika mengalu-alukan mereka menyertai PPPS menyifatkan keputusan  sebagai satu keputusan positif bagi menyumbang dan bergerak bersama dalam NGO tersebut bagi memberikan sumbangan terhadap komuniti masyarakat setempat terutamanya golongan belia.

" Golongan muda merupakan pemimpin pelapis bagi meneruskan agenda pembangunan bangsa,agama dan negara, mereka perlu berfikiran rasional dalam memilih dan menentukan masa depan mereka termasuk dalam bidang politik" katanya.

Menurutnya golongan tersebut perlu lebih kritis pemikiran bagi melihat masa depan mereka  dengan mengelak budaya " Yes Man" sehingga menyebabkan pemikiran kreatif golongan ini gagal dimanafaatkan untuk memberikan anjakan kepada kemajuan terutamanya yang melibatkan masa depan golongan muda.

" Masanya tiba bagi golongan muda berubah dan mengubah pemikiran bagi melihat masa depan yang lebih baik dengan idea idea baru yang lebih segar dan berdaya maju termasuklah mengubah landskap politik sempit yang hanya mengutamakan golongan tertentu" jelas Lajim.


Roslan Haji Jafneh Kami Hilangan Keyakinan 



Mohd.Azman Datuk Seri Panglima Haji Lajim kini Naib Ketua PPPS Negeri

Abdul Momin Haji Salleh kami menyokong perjuangan
Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin Pengerusi PPPS

Mesra Lajim bersalaman dengan orang ramai yang hadir ke majlis tersebut

No comments:

Post a Comment