Saturday, 6 April 2013

WANITA PPPS BERSEDIA BERHADAPAN DENGAN PROVOKASI BN SEMASA PRU KE 13 JOHAIR MATLANI

BERSEDIA.... Johair bersama jentera wanita PPPS melaungkan kata kata " Kami Bersedia" semasa sesi taklimat tersebut


BEAUFORT: Ketua Pergerakan Wanita Pertubuhan Pakatan Perubahan  Sabah (PPPS) Sabah Hajah Johiar Matlani mengingatkan jentera Wanita  PPPS supaya bersedia untuk berdepan pelbagai provokasi Umno BN dan menjelang PRU 13.

Beliau  berkata, ia berikutan PRU 13 bakal menentukan hidup mati Umno BN dan mereka akan mengguna apa jua cara biar termasuk pendekatan ‘by hook or crook‘ untuk menang.

“Kita kena menang di negeri dan Parlimen kita kuasai bagi memperbetul kepincangan yang merosakkan kehidupan masyarakat dI negara ini" katanya

Beliau berkata demikian semasa lawatan bersama Wanita PPPS di sesi taklimat di pusat pusat daerah mengundi  Jimpangah,Halogilat,Taman Wawasan,Laba dan Bingkul dekat sini yang turut disertai oleh Mantan Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno Beaufort yang kini bersama-sama PPPS Ruandi Basnih
TUNJUKKAN....Johir ketika menunjukkan handbel yang bakal digunakan oleh calon Pakatan Rakyat Parlimen Beaufort dan DUN Klias Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin semasa sesi taklimat tersebut


Menurut Ketua Pergerakan Wanita PPPS Bahagian Beaufort ini juga pemimpin BN akan menggunakan apa sahaja cara untuk meraih sokongan ini  wang ringgit keperluan barangan makanan termasuklah ugutan menghentikan bantuan kerajaan semata mata ingin mengekalkan kuasa.


" Kita ambil apa yang mereka berikan kerana itu duit rakyat hak kita, tapi dalam soal memilih parti kali ini , kita jangan gadaikan masa depan anak cucu kita baik dalam soal pembangunan ekonomi, pendidikan dan keselamatan" katanya

BERPUAS HATI ...Johair semasa melihat persediaan di PDM kampung Jampangah semasa sesi lawatan tersebut

Tambah Johiar Tanpa Putrajaya, sukar untuk kita melaksanakan reformasi.  seluruh ahli wanita PPPS termasuk ahli wanita Pakatan Rakyat yang lain mesti bekerja keras bagi memastikan BN tidak  lagi menguasai politik negara selepas PRU ke 13 ini 

BERI TAKLIMAT...Johiar semasa memberikan sesi taklimat semasa perjumpaan tersebut

Ketika ditanya tahap persediaan dan semangat wanita PPPS bagi menghadapi PRU Ke 13 kali ini, Johair berkata, mereka telah sedia berjuang bagi mempastikan segala perubahan yang dharapkan akan dapat direalisasikan selepas PRU kali ini.

" Mereka cukup bersedia dan bersemangat  tinggi untuk melaksanakan misi yang jelas membawa perubahan pada PRU kali ini" katanya.

SOKONGAN...Antara ahli ahli wanita PPPS yang hadir pada sesi taklimat tersebut

Sabah perlu kementerian pendidikan: Lajim


BEAUFORT:  Penubuhan sebuah kementerian yang khusus berkaitan dengan pendidikan peringkat negeri ini dilihat semakin perlu untuk memantau dan menangani  isu-isu pendidikan di Sabah

Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin,  berkata, sebelum ini hal ehwal berkaitan pendidikan adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Pelajaran Negeri, bagaimanapun segala keputusan dan tindakan dalam menangani isu yang berkaitan pendidikan di negeri ini masih dibawah telunjuk kerajaan persekutuan khususnya Kementerian Pelajaran menyebabkan beberapa isu penting pendidikan lambat diselasaikan

“Bagi saya, mungkin sudah tiba masanya diwujudkan sebuah kementerian di peringkat negeri ini berkaitan pelajaran ,dan insyallah jika kerajaan Pakatan diberikan peluang memerintah negara perkara ini merupakan keutamaan kita untuk mengwujudkannya " katanya ketika berucap di majlis pemimpin bersama rakyat di Kampung Kukut baru baru ini. 

Hadir sama di majlis tersebut mantan Pengarah Pelajaran  Datuk Dr. Muhyiddin-Yassin,dan Ketua Pergerakan Wanita PPPS Hajah Johair Matlani

MESRA...Lajim bersalaman dengan Muhyddin sejurus tiba di majlis tersebut.


Menurut Lajim antara kemelut utama pendidikan di Sabah ialah mengenai kemudahan infrastuktur yang begitu daif dan terpencil. Bangunan sekolah misalnya bukan sahaja masih berstatus 'bangunan sementara' yang dibina dengan kayu dan berusia puluhan tahun, kemudahan asas yang lain seperti jalanraya, elektrik dan kemudahan air bersih juga menjadi dilema pendidikan di Sabah. 

" Jarak dan demografi penduduk yang berkelompok serta berjauhan memungkinkan permasalahan ini berlarutan walaupun negara kita telah merdeka lebih 55 tahun. Justeru itu, pendidikan di Sabah jauh kebelakang jika dibandingkan dengan negeri lain di Malaysia" katanya

 AMANAT..Lajim ketika berucap di majlis tersebut

Tambah Lajim perkara ini tidak akan timbul sekiranya kerajaan Persekutuan benar benar  komited dan serius menangani masalah pendidikan di Sabah ,bagaimanapun katanya kuasa untuk meluluskan serta melaksanakan segala peruntukan untuk tujuan pendidikan di Sabah masih dikuasai oleh Kuala Lumpur menjadi kakangan kenapa isu isu pendidikan lewat dan tidak dapat diselasaikan sebaik mungkin.

" Tanyalah kepada mantan Pengarah Pendidikan Sabah (Merujuk kepada Dr Muhyddin) segala keputusan diputuskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ,menyebabkan Pengarah di peringkat negeri hanya duduk memanaskan kerusi dimana keadaan ini membantutkan segala tindakan untuk menangani beberapa isu pendidikan yang cukup penting untuk dilaksanakan segara " katanya.

PERJELASKAN ISU...Muhyddin diberikan peluang untuk berucap memperjelaskan beberapa isu sempana majlis tersebut

Katanya setengah pihak terutamanya pemimpin kerajaan BN melihat isu ini sebagai ratorik Pakatan Rakyat ,bagaimanapun tegas Lajim ianya tidak mustahil untuk dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan sekiranya diberikan peluang mentabir negara kerana di dalam kepimpinan Pakatan rakyat mereka memiliki tenaga propesionel untuk merancang dan melaksanakan gagasan tersebut.

 ARKAB....Lajim duduk dan berbual mesra  bersama sama penduduk setempat di majlis tersebut

" Kita mahu segala masalah dan isu pendidikan di Sabah kita yang memantau dan melaksanakanya,Pengarah dan para pegawai di peringkat negeri lebih memahami masalah yang dihadapi oleh rakyat  Sabah dalam soal pendidikan" tambah Lajim

Monday, 25 March 2013

Komponen BN: Tarik balik semua IC di Sabah



\
Tan Sri Bernard Dompok Presiden UPKO
Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok menggesa kerajaan menarik balik kesemua kad pengenalan yang dikeluarkan di Sabah dan mengeluarkan semula dokumen berkenaan kepada golongan yang dikenalpasti sebagai warga yang sah.

Menurut laporan Borneo Post, MP Penampang itu menuntut demikian untuk menyisihkan golongan yang memiliki dokumen berkenaan secara tidak sah.

Anggota exco kerajaan Sabah itu juga berkata, beliau akan mengesyorkan perkara itu kepada suruhanjaya siasatan diraja mengenai pendatang asing di Sabah.

"Ini akan memberi peluang kepada kita di Sabah untuk membuktikan ketulenan kewarganegaraan kita supaya orang Sabah yang asli sahaja diberikan dokumen kerakyatan seperti kad pengenalan baru itu," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Kenyataan itu disokong para pemimpin parti komponen BN yang mewakili kumpulan Kadazan-Dusun Murut – presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Tan Sri Joseph Kurup.

Kedua-dua mereka hadir dalam sidang media sama, lapor Borneo Post.
Dompok dilaporkan berkata demikian ketika melancarkan gerakan untuk membantu gereja di negeri itu, yang dinamakan Operasi Tataba.

Sunday, 24 March 2013

Lahad Datu: PM patut libatkan pembangkang cari penyelesaian terbaik




KOTA KINABALU 25 MAC:  Kerajaan sepatutnya melibatkan semua pihak termasuk pembangkang bagi mencari jalan penyelesaian terbaik dalam menangani isu pencerobohan di Lahad Datu.
Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal berikutan Datuk Seri Najib Razak menolak cadangan Pakatan Rakyat untuk mengadakan sidang khas Parlimen berhubung tragedi itu.
“Ini soal keamanan dan kedaulatan negara. Tugas seorang Perdana Menteri menyeru semua pemimpin untuk sama-sama mempertahan negara,” katanya.
pkrBeliau berucap demikian depan sekitar 5,000 ahli KEADILAN pada Himpunan Harapan Rakyat Peringkat Negeri Sabah di Star City Convention Hall, malam tadi.
Ketua Umum KEADILAN itu turut mengkritik perbuatan pemimpin Umno BN yang kemudian memutar belit fakta pencerobohan menjadi isu politik untuk menyalahkan pembangkang.
“Bukan masanya cari kesalahan pihak lawan dalam masa begini tetapi harus tolak tepi perbezaan politik dan mencapai satu kata putus dalam sidang khas.
“Mana-mana pemimpin sesebuah negara yang diserang akan sama-sama cari kata putus terbaik. Malangnya, BN tolak pelawaan kita, kemudian tukar jadi permainan politik,” katanya.
IMG_5976Beliau juga tidak menolak kemungkinan penolakan cadangan sidang khas Parlimen itu sebagai petunjuk hilangnya keyakinan Umno BN untuk menang PRU 13.
Selain itu, Anwar mengulangi penafian terhadap tohmahan yang cuba mengaitkannya kepada pencerobohan di Lahad Datu berikutan nyanyian lagu ‘Tanya Sama Najib’.
Beliau kesal kerana pemimpin Umno BN turut memanipulasi pertemuannya dengan pemimpin Moro National Liberation Front (MNLF), Nur Misuari melalui satu gambar, semata-mata untuk menyebar fitnah.
Secara tegas, Anwar menyifatkan pemimpin Umno BN yang berbuat demikian sebagai pengamal politik fitnah dan kotor.

BUDAYA SAMSENG UMNO MENULAR KE SABAH




KOTA KINABALU: Budaya Samseng yang sering berlaku di Semenanjung apabila Pakatan Rakyat mengadakan ceramah kini menular ke Sabah, apabila sekumpulan samseng  yang didalangi oleh part Umno/ BN  cuba mengganggu  bas Jelajah  Pakatan  Rakyat Sabah dengan  membuat bising dan menghampiri Bas Pakatan Rakyat Sabah  dengan tujuan untuk merosakkannya

Perbuatan liar sekumpulan samseng  bermotosikal itu yang disertai lebih kurang 20 buah motosikal itu dilakukan bawah bangunan di Star City Convention Hall  Kota Kinabalu dimana majlis pelancarannya disempurnakan oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim 

Bagaimanapun perbuatan kumpulan ini disedari lebih awal oleh pengawal keselamatan yang telah dilantik oleh Pakatan Rakyat  dan kumpulan ini , melarikan diri selepas menyedari perbuatan mereka telah diawasi lebih awal menyebabkan mereka lari bertempiaran dan ada yang terpaksa meninggalkan motosikal di kawasan berkenaan 

Keadaan dapat di kawal dengan kehadiran anggota polis yang kebetulan bertugas di tempat berkenaan dan melaraikan keadaan bagi mengelakkan pergaduhan antara kumpulan berkenaan dengan penyokong Pakatan Rakyat yang berada di lokasi kejadian

Sebelum ini, kunjungan Anwar bersama bas Jelajah Merdeka Rakyat ke beberapa tempat di Semenanjung seperti di Johor dan Bukit Katil Melaka kerap diganggu samseng Umno yang bertindak liar melempar batu atau  menyimbah cat merah mengakibatkan beberapa cermin kenderaan pecah
Bas Jelajah Pakatan Rakyat Sabah nyaris dirosakan oleh sekumpulan Samseng Upahan
semasa pelancarannya di  Star City Convention Hall Kota Kinabalu

" Kita tidak mahu budaya  Samseng yang dipelopori oleh Umno di semenanjung berlaku di Sabah, kita perlu matang dan rasional dalam berpolitik" jelas seorang penyokong Pakatan Rakyat yang turut menyaksikan kejadian tersebut

BEKAS PENGARAH PELAJARAN SABAH SERTAI PAKATAN RAKYAT

Oleh Su Yu




SERAH BORANG ...Kelihatan Mantan Pengarah Pelajaran Sabah Datuk Dr. Muhidin Yusin  ketika menyerahkan borang penyertaan menjadi ahli PKR kepada Anwar sempana majlis tersebut
 



KOTA KINABALU:  Bekas Pengarah Pengarah Pelajaran Sabah Datuk Dr. Muhidin Yusin mengisytiharkan menyertai Pakatan Rakyat  melalui  parti PKR dalam satu majlis yang diadakan di Star City Convention Hall  Kota Kinabalu 

Anak Jati Kelahiran Ranau ini telah menyerahkan borang penyertaan bersama 300 lagi ahli yang lain di hadapan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut disaksikan oleh Pengerusi Perhubungan PKR Sabah Ahmad Thamrin,Presiden Pertubuhhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin ,dan Presiden Angkatan Perubahan Sabah (APS) Datuk Seri Panglima  Wilfred Bumburing  

Datuk Dr. Muhidin Yusin  Memilih Pakatan Rakyat Sebagai Wadah Perjuangan Politiknya
bagi membela nasip rakyat Sabah
Desas-desus sebelum ini yang menyatakan bahawa  beliau yang  ketika itu berjawatan Pengarah pelajaran negeri Sabah akan melepaskan jawatannya lebih awal dari yang sepatutnya untuk bergiat aktif dalam politik akhirnya terjawap dengan memilih PKR sebagai wadah perjuanganya dalam politik

" Sebelum ini sebagai pegawai kerajaan, pergerakan kita dahulu sentiasa diawasi, tidak bebas untuk memilih , bersuara meskipun kita melihat kepincangan apa lagi untuk  bergiat aktif dalam mana-mana parti" kata Muhidin ketika ditemui selepas menyerahkan borang penyertaan tersebut
Muhidin  berkata, beliau kini bersedia untuk bersama-sama pemimpin dan ahli pakatan rakyat  membantu dalam misi menawan Putrajaya.

"Saya sanggup untuk turun ke seluruh negara untuk bantu berkempen dan memberi ceramah kepada rakyat," katanya.

Kemasukannya ke dalam Pakatan Rakyat  menambah bilangan bekas pegawai tinggi kerajaan dari  Sabah selepas beberapa nama besar sudah mengisytiharkan menyertai pakatan rakyat sebelum ini 

Dalam ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengalu-alukan kemasukan mantan pengarah pelajaran negeri Sabah itu ke dalam parti PKR. Sebagai rekod politik Sabah, sebelum ini seorang mantan pengarah Pelajaran negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Hasbullah Mohd. Taha, telah lebih awal menyertai PKR dan pernah bertanding atas tiket parti tersebut tetapi kecundang.

Mengulas mengenai insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad datu yang kini memasuki hari ke 23  Anwar menjelaskan bahawa UMNO dan BN  yang ,mengaitkan namanya sebagai dalang adalah fitnah dan tuduhan semata-mata. sambil menyatakan bahawa langkah  Perdana Menteri Datuk Seri Najib pernah mengadakan rundingan dengan penceroboh terlibat, sebelum tercetusnya perang yang mengorbankan nyawa mengapa pula beliau yang disalahkan.

Malah menurut beliau Pakatan Rakyat  telah syorkan supaya sidang meja bulat diadakan di kalangan pemimpin bagi membincangkan insiden pencerobohan Lahad Datu dan isu keselamatan negara,

“Kita berhasrat untuk mengadakan satu sdiang khas Parlimen atau  persidangan meja bulat antara pimpinan Pakatan Rakyat dengan pimpinan kerajaan terutama Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan bagi mencapai muafakat antara semua Ahli Parlimen dalam negara berkaitan isu ini bagaimanapun syor kita tidak mendapat maklumbalas yang positif dari kerajaan” katanya

Tambah Anwar Pakatan Rakyat juga meminta  supaya isu ini tidak dijadikan arena tuduh-menuduh dan sewajarnya kepimpinan negara memberi tumpuan kepada isu keselamatan negara serta tidak mengalihkan pandangan rakyat dari kelemahan mereka. Sewajarnya mereka menyedari, keutamaan adalah demi mempertahankan kedaulatan negara, keselamatan rakyat dan perwira negara yang bertungkus lumus di perbatasan.

Thursday, 21 March 2013

Anwar umum 5 calon KEADILAN tanding kerusi Parlimen Sarawak


KUALA LUMPUR 21 MAC: Lima calon KEADILAN diisytihar akan bertanding kerusi Parlimen Sarawak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Mereka adalah Baru Bian mewakili Parlimen Limbang, Ali Biju (Saratok), Abang Zulkifli Abang Engkeh (Batang Lupar), Abun Sui Anyit (Hulu Rajang) dan Roland Engan (Baram).
DSAI 2Pengumuman itu dibuat Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat parti semalam.
Antara calon yang hadir pada sidang media pengumuman itu, Baru dan Ali, selain Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Lintang, See Chee How.
Menurut Anwar, kawasan terbabit yang diputuskan KEADILAN setakat ini tiada pertindihan dengan PAS dan DAP.
Baru yang merupakan Adun Ba’kelalan sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) 2011 adalah Pengerusi KEADILAN Sarawak.
Beliau adalah pemimpin veteran dan pembabitannya dalam politik bermula dengan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), Kongres Dayak Malaysia dan juga pernah bertanding di bawah tiket Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) pada 2006.
Baru juga terkenal dengan kelantangannya memperjuangkan tanah hak adat pribumi (NCR).
Ali pula Timbalan Pengerusi Negeri dan Adun Kerian selepas memenangi kerusi tersebut, juga pada PRN 2011.
Sementara Abun adalah tokoh yang konsisten memperjuangkan hak tanah adat bagi rakyat Sarawak. Beliau mula dikenali selepas membela rakyat yang tertindas akibat pembinaan empangan Bakun.
Manakala Roland ialah peguam yang aktif berkhidmat mewakili penduduk Baram, antaranya berhubung pembinaan empangan Baram yang mengganggu kehidupan mereka.
Abang Zulkifli yang merupakan Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri sebelum ini menyuarakan isu petani miskin di Sebangan yang terjejas ekoran kelembapan kerajaan membaiki tambak menyebabkan air laut masuk merosakkan tanaman.
Bekas Setiausaha KEADILAN Negeri itu pernah bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas pada PRN 2011.