Thursday, 21 March 2013

TIMBALAN KETUA WANITA PARTI STAR SIPITANG LETAK JAWATAN DAN SERTAI PPPS



Oleh Puteri Ayu
 
 
BEAUFORT: Perjuangan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) semakin mendapat tempat di hati rakyat bukan sahaja dari kalangan pemimpin Barisan Nasional malahan pemimpin pemimpin dari parti pembangkang juga menunjukkan minat untuk menyertai perjuangan badan NGO tersebut.
 
Terbaru  menyertai PPPS ialah Timbalan Ketua Wanita parti STAR bahagian Sipitang Rokiah Haji Dion yang mengumumkan perletakkan jawatannya sekali gus menyertai PPPS dalam satu majlis Ramah Mesra bersama Pengundi di kampong Luagan baru baru ini.
SERAH BORANG…Lajim menerima borang keahlian bagi menyertai PPPS dari bekas Timbalan Ketua Wanita parti STAR bahagian Sipitang   Rokian Haji Dion sempana majlis tersebut
 
Majlis penerimaan borang keahlian disempurnakan oleh Presiden PPPS Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin serentak dengan penerimaan seramai  55 orang ahli baru dari  kampong Papas yang diketuai oleh Mohd Pitrus Matzin, 43 orang dari kampong Bulud Mempagar diketuai oleh Burut Haris dan 30 orang dari kampong  Luagan yang diketuai oleh Rosman Sabidin
 
Sebelum ini Setiausaha bahagian parti STAR Beaufort Lam Chong Eng Abdullah telah pun mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai setiausaha dan menyertai PPPS
 
MESRA..Lajim bersalaman dengan para penyokong beliau sejurus tiba ke majlis tersebut 

Mengulas kemasukkan beramai-ramai ahli-ahli baru untuk menyertai perjuangan PPPS ini Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata ini merupakan petanda  positif bahawa mejoriti rakyat di negeri ini  telah menerima perjuangan PPPS bagi membela nasip mereka .
 
“ Tidak apa apa keistimewaan yang kita janjikan dalam PPPS melainkan memperjuangkan hak serta kepentingan rakyat tanpa mengira kaum dan agama yang mengharapkan perubahan pemerintahaan selepas PRU ke 13 kali ini” katanya

BERSEDIA UNTUK BERUBAH....Para penyokong Lajim yang hadir ke majlis tersebut
 
Menurut Lajim keyakinan mereka (rakyat) terhadap hala tuju PPPS yang menyokong perjuangan Pakatan semakin ketara yang membawa masje jelas rakyat memerlukan perubahan agar keadilan dan kesaksamaan agihan dalam soal pembangunan, ekonomi dan kemakmuran Negara dapat dikongsi bersama.
 
Tambahnya rakyat sudah muak dengan pendekatan kerajaan yang hanya menyediakan kemudahan disaat saat mereka memerlukan sokongan sedangkan usia kemerdekaan dan tempoh pemerintahaan kerajaan BN di Negara ini lebih dari setengah dekad.
 
“ Rakyat semakin bijak berfikir ,mereka sudah tidak dapat digula-gulakan dengan pelbagai bantuan disaat-saat akhir kerajaan dan Pemimpin BN memerlukan sokongan seperti pemberian tangki air dan lain-lain sedangkan rakyat berhak menerima lebih baik dari pada bantuan tersebut” katanya.
 
TERIMA...Lajim menerima borang keahlian baru PPPS dari salah seorang pemimpin masyarakat tempatan
sempana majlis tersebut


Katanya gelaran “ Simpanan Tetap” Barisan Nasional bagi Sabah dan Sarawak hanya slogan yang tidak pernah memberikan impak yang positif terhadap sokongan yang diberikan oleh rakyat selama ini kerana itulah rakyat pada PRU ke 13 kali ini wajar melakukan perubahan kearah kehidupan yang lebih baik ,aman makmur dan maju setanding dengan lain lain negeri

Wednesday, 20 March 2013

Berkonvoi sambil timba ilmu



Oleh Puteri Ayu



BEAUFORT: – Sebut sahaja mat rempit, terbayang aksi penunggang motosikal yang membahayakan diri dan pengguna jalan raya lain.

Justeru, pelbagai usaha diambil pelbagai pihak untuk menangani masalah berkenaan dan antaranya ekspedisi berkonvoi menunggang motosikal bagi memberi pendidikan mengenai undang-undang dan cara pemanduan berhemah khususnya kepada golongan muda.

Antara yang mengambil inisiatif tersebut adalah  Pergerakan Pemuda Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) Beaufort  apabila seramai 50  pemuda menyertai ekspedisi bermotor ke daerah Tenom  yang mendapat tajaan dari Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin

 SIAP SEDIA...Azman ketika melepaskan peserta Konvoi Bermotorsikal pemuda PPPS ke daerah Tenom

Ketua Pemuda PPPS Beaufort Azman Datuk Seri Panglima Lajim berkata, program itu disertai ahli ahli pemuda PPPS dari kampung Kebatu . Kaundo dan Kebidang 

" Konvoi ini bukan setakat memberikan pendidikan cara pemanduan berhemah, namun ianya dapat mendidik golongan belia khususnya peserta menghadapi pelbagai bentuk cabaran dan dugaan semasa dalam perjalanan dan bila timbul masalah atau ujiannya ianya dkongsi bersama dan ini dapat mendidik mereka berkerjasama dan berkerja  dalam semangat kerja berpasukan" katanya ketika berucap melepaskan peserta Konvoi di kampung Kaundu Kebatu baru baru ini.

Menurut Azman yang juga Timbalan Ketua Pemuda PPPS Pusat Konvoi tersebut juga membawa masej yang jelas kepada golongan belia untuk berdisplin dan berdikrai  tanpa menjadikan diri mereka sebagai sebuah motosikal yang hanya ditunggangi oleh orang lain bagi menjayakan agenda peribadi , sebaliknya mereka (belia) perlu menjadi penunggang pada motorsikal mereka sendiri untuk menentukan haluan perjalanan kehidupan masa depan mereka yang lebih baik dan sempurna

 Golongan belia jangan menjadi motosikal hanya ditunggang oleh orang lain demi kepentingan dan agenda peribadi, sebaliknya mereka perlu menjadi penunggang motorsikal itu sendiri bagi menentukan hala tuju serta perjuangan untuk masa depan mereka yang lebih baik"Azman Datuk Seri Panglima Haji Lajim semasa menyampaikan amanat di majlis pelepasan Konvoi tersebut

" Sebab itu semasa Konvoi ini mereka membawa risalah Perubahan sebagaimana agenda yang terkandong dalam perjuangan PPPS untuk diedarkan kepada  masyarakat khususnya golongan belia agar melakukan perubahan ke arah kebaikan " katanya.

Tambahnya PPPS ingin melahirkan golongan pemuda yang kreatif berfikir dan bertindak ,tidak hanya bercakap banyak tanpa melakukan sebarang kebaikan untuk dikongsi bersama dalam komuniti masyarakat setempat khususnya golongan belia.

" Golongan ini hanya mampu bercakap memperlekahkan orang lain namun mereka tidak mampu menyumbang kepada pembangunan masyarakat belia secara keseluruhahnya
 tambah Azman

MENARIK....Perserta Konvoi semasa melawat Taman Pertanian Lagud Seberang Tenom

Sementara itu beberapa peserta konvoi  yang  sempat ditemui  menyifatkan konvoi tersebut berjaya membentuk mereka sebagai golongan belia yang lasak menghadapi cabaran disamping mempupuk budaya berkerja sama .

PEMANDUAN BERHEMAH....Peserta Konvoi semasa dalam perjalanan ke Taman Pertanian Lagud Sebarang Tenom menunjukkan isyarat yakin boleh

Hafizul Jawarin 25 tahun  mengakui banyak pengalaman baru diperoleh semasa program itu terutamanya mengenai  erti  perjuangan  yang memerlukan memerlukan semangat kerjasama dan bersatu padu untuk mengatasi cabaran yang dilalui.

"Saya bangga kerana selain dapat memahami erti perjuangan dan cabaran dalam kehidupan  kami dapat belajar cara pemanduan yang berhemah ," katanya.

Dia yakin sekiranya golongan remaja diberi tunjuk ajar cara menunggang motor dengan betul, mereka tidak akan terlibat dengan gejala merempit.

RIADAH....Hafizul Jawarin menyampaikan cendera kenangan berupa bola Futsal sebelum mengadakan perlawanan Futsal persahabatan dengan belia kampung Angan-Angan Tenom.

Azlan Maidin 20 , pula memberitahu pengalaman yang diperoleh dalam program itu akan digunakan sebaik mungkin bagi menjalani kehidupan yang lebih baik pada masa depan.

"Kami juga sungguh gembira kerana dapat  melawat tempat tempat yang menarik semasa konnvoi ini selain dalam bergaul mesra dengan masyarakat setempat mengenal adat resam serta budaya mereka " katanya 

Sempana konvoi tersebut selain mengedarkan risalah perjuangan PPPS peserta konvoi juga melawat Taman Pertanian Sabah di Lagud Seberang Tenom dan sempat mengadakan perlawanan Futsal persahabatan bersama dengan golongan belia di kampung Angan-Angan Tenom.

Monday, 18 March 2013

JENTERA PDM PPPS DI KAWASAN PARLIMEN BEAUFORT SIAP SIAGA MENGHADAPI PRU KE 13


BEAUFORT:  Jentera Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) dan Pakatan Rakyat bagi Kawasan Parlimen  Beaufort  sudah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.

KAMI BERSEDIA...Lajim bersama jentera PDM di Kota Klias

Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata jentera PPPS  khususnya untuk kawasan Parlimen Beaufort yang mempunyai dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu  Kuala Penyu dan Klias sudahpun bersiap sedia untuk menghadapi PRU13.

Menurutnya, semua Pusat Daerah Mengundi (PDM) di dua DUN ini  iaitu 12 PDM Di DUN Kuala Penyu dan 11 PDM di Dun Klias sudahpun mula beroperasi dan bergerak aktif sejak  beberapa bulan  lalu dan anggota parti hanya menunggu masa untuk bergerak sebaik sahaja pembubaran Parlimen.

“Kita berharap semuanya berjalan lancar dan ahli-ahli kita hanya menunggu masa untuk digerakkan sebaik sahaja pembubaran Parlimen,” katanya  selepas melakukan lawatan ke kesemua 11 PDM di  DUN Klias di sini  
WATIKAH Lajim ketika menyampaikan watikah perlantikan semasa lawatan di PDM Kebulu 

Antara PDM yang Lajim bersama rombongan lawati termasuklah PDM Kota Klias, Rancangan Klias, Kebulu, Lajau dan Takuli

Lajim yang juga Presiden PPPS menjelaskan bahawa,  Gerak Mesra Wanita  dan gerak Gempur Pemuda PPPS juga turut memainkan peranan penting menghadapi PRU13 nanti.

“ Gerak Mesra wanita PPPS akan membantu Jentera  Pakatan rakyat untuk turun padang bertemu dengan rakyat dan pengundi pada PRU13 nanti dan inilah  antara tugas Gerak Mesra Wanita PPPS yang disokong oleh gerakan Gerak Gempur Pemuda PPPS " Jelas Lajim

 Menurut Lajim Gerak Gempur Pemuda tidak hanya berbentuk tradissonal atau kerahan jenetara seperti memasang poster dan menggantung bendera namun tugas mereka lebih menyeluruh melibatkan aspek mental dan ilmiah dalam menangangi pelbagai isu dan provakasi yang dimainkan oleh pihak lawan

BERSEMANGAT...Lajim  bersama jentera di PDM Melabau 


Lajim  turut menggesa rakyat di kawasan bandar dan luar bandar agar  menggunakan PRU ke 13 kali ini untuk melakukan perubahan , jika tidak  pelbagai masalah dan isu telah pun berlaku  yang diketuhai oleh rakyat  justeru pilihanraya ke 13 kali ini rakyat wajar memilih parti  yang lebih berwibawa mentadbir negara pada masa akan datang 

Ketua Wanita PPPS Hajah Johiar Matlani bersama jentera Gerak Mesra Wanita
PPPS di PDM kampung Kebulu 
Lajim menambah parti BN ketika ini berhadapan dengan pelbagai isu  antara soal keselamatan, ekonomi dan pembangunan yang akhirnya  isu tersebut  memakan diri mereka sendiri dan ini akan menjadi  fokas untuk kempen pakatan pada PRU ke 13 kali ini 

Wednesday, 13 March 2013

Majlis Pakatan Rakyat Sabah desak Umno BN beri penjelasan pencerobohan di Lahad Datu


Terlebih dahulu , Majlis Pakatan Rakyat (PR) Sabah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga perwira negara serta berdoa semoga roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat dan kami berdoa agar mereka yang tercedera cepat sembuh.
Hari ini pada 12 Mac 2013, Majlis Pakatan Rakyat Sabah telah mengadakan mesyuarat khas membincangkan tragedi pencerobohan di Lahad Datu.Pakatan Rakyat
Justeru itu, selepas mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat Sabah, kami telah membuat keputusan secara sebulat suara dan menuntut seperti berikut.
Majlis Pakatan Rakyat Sabah
1. Meminta Kerajaan Pusat memberikan penjelasan kenapa kumpulan penceroboh dapat membolosi sistem pertahanan negara dengan begitu mudah di Sabah.
2. Mendesak Datuk Musa Aman selaku Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri membentangkan kertas putih dalam Sidang Dewan Undangan Negeri secepat mungkin. Majlis Pakatan Rakyat Sabah menyokong tindakan Adun Sri Tanjung, Jimmy Wong Sze Phin yang meminta sidang dewan undangan negeri khas diadakan dengan segera.
3. Menyokong keputusan Pakatan Rakyat Pusat untuk mendesak sidang khas Parlimen dijalankan bagi membincangkan isu pencerobohan ini.
4. Mendesak diadakan satu persidangan meja bulat di antara pimpinan kerajaan negeri dengan pimpinan pembangkang dalam usaha untuk mencapai muafakat bersama berhubung isu ini.
5. Meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan agenda sebenar pertemuan beliau dengan pihak-pihak yang mendakwa mereka adalah ‘sultan sulu’ atau wakil-wakil mereka yang dijemput ke perhimpunan agung UMNO dan majlis-majlis lain.
6. Meminta kerajaan pusat dan negeri untuk menjelaskan kepada rakyat Sabah status tuntutan kesultanan di atas sebahagian negeri Sabah dan kenapa bayaran tahunan masih diteruskan.
7. Mendesak supaya Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien selaku Menteri Dalam Negeri dan Datuk Seri Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan dan Datuk Musa Aman selaku Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri untuk meletak jawatan di atas kegagalan mereka menghalang dan menangani tragedi ini sehingga menyebabkan nyawa perwira Negara terkorban, kerosakan harta benda dan ekonomi terjejas.
8. Menafikan tuduhan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah dalang di sebalik pencerobohan di Lahad Datu.

Ahmad Thamrin Jaini
Pengerusi KEADILAN Sabah
Pengerusi Mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat Sabah
Jimmy Wong
Pengerusi DAP Sabah
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Presiden Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS)
Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing
Presiden Angkatan Perubahan Sabah (APS)
Aminudin Aling
Pesuruhjaya PAS Sabah

Kerajaan kena minta maaf kepada rakyat, keluarga wira terkorban


(Oleh Sidiqin Omar)
PETALING JAYA 13 MAC: Kerajaan Umno perlu memohon maaf kepada rakyat dan keluarga anggota keselamatan yang gugur akibat kegagalan menangani pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.
Tuntutan itu dibuat bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid.
“Saya menjemput rakyat, tak kira apa bangsa, agama, fahaman, mana parti yang disokong untuk sama-sama bangkit dan menggesa kerajaan mengaku akauntabiliti ke atas kegagalan dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.
ghafirBeliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.
Ghafir berkata, kerajaan tidak konsisten menangani isu pencerobohan itu dan hanya mengambil tindakan selepas 23 hari.
“Tindakan kerajaan tidak konsisten. Apabila tindakan lambat, mereka (penceroboh) telah ‘bekerja’. Dari kumpulan kecil menjadi besar. Kesalahan ini mesti diakui (kerajaan),” tegasnya.
Polis dan tentera Malaysia melancarkan Ops Daulat pada 2 Mac lalu untuk menamatkan pencerobohan kumpulan bersenjata dari Sulu, Filipina yang menduduki Kampung Tanduo, Lahad Datu bermula 12 Februari lalu.
Beberapa siri pertempuran sepanjang operasi itu berlangsung mengakibatkan 10 anggota keselamatan negara terkorban sehingga ke hari ini.
Hadir sama sidang media, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar.

GERAK MESRA WANITA PPPS PARLIMEN BEAUFORT sampaikan sumbangan untuk ibu tunggal


 Gerak Mesra Wanita Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah ( PPPS ) Parlimen Beaufort baru baru ini  telah menyampaikan sumbangan berupa keperluan barang makanan  dan wang tunai kepada golongan ibu tunggal dan warga emas di daerah mengundi Melikai dalam kawasan Parlimen Beaufort

Menurut Ketuanya,   Hajah Johair Matlani sebanyak 7 orang penerima  di daerah Menundi Kampung Melikai telah menerima sumbangan tersebut yang disumbangkan oleh Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin

PRIHATIN.... Johiar bersama rombongan semasa menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penerima sempana program tersebut

Beliau berkata, sumbangan itu bukan sahaja bertujuan meringankan beban golongan ibu tunggal tetapi juga menunjukkan keprihatinan  PPPS di kawasan Parlimen Beaufort 

" Ini merupakan sebahagian dari tanggungjawab sosial kita sesuai dengan matlamat PPPS yang berjuang dan membantu rakyat tanpa mengira fahaman politik dengan harapan nasip golongan yang memerlukan bantuan ini dapat dibela" katanya ketika di temui selepas majlis ini di kampung Melikai 

Tambah Johair kumpulan Gerak Mesra Wanita PPPS Parlimen Beaufort secara berkumpulan akan turun padang mengenal pesti mereka yang memerlukan bantuan selaras dengan sikap prihatin Ahli Parlimen Beaufort yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat terutamanya golongan yang memerlukan bantuan.

" Program ini telah lama kita lakukan sejak beliau (Lajim) menjadi ahli Parlimen di kawasan ini, bezanya kita bergerak kali ini atas nama badan NGO namun matlamatnya murni bagi membantu golongan ini disamping dapat merapatkan hubungan antara kumoniti setempat dengan PPP S" tambah Johir


INTIM.... Johir bertanyakan kahbar kepada salah seorang warga emas dan menyampaikan sumbangan wang Tunai yang disumbangkan oleh Ahli Parlimen Beaufort semasa kunjungan tersebut
Sementara itu beberapa penerima yang ditemui turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada lawatan Gerak Mesra Wanita PPPS khususnya kepada Lajim yang mereka kenali sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat

Bagi Rahimah Hussin 82 tahun yang terlantar sakit di kediamannya di kampung Melikai  kunjungan serta sumbangan tersebut dapat meringankan beban yang dialaminya yang kini hanya tinggal dirumah kerana tidak mampu bergerak dalam keadaan yang uzur .

" Saya bersyukur kerana ada pemimpin dan persatuan yang prihatin dengan nasip golongan seperti kami " katanya

Bertanya khabar Haji Johiar semasa berkunjung ke kediaman Haji Toning Rais di Kampung Manggis Melikai

Tuan Haji Toning bin Rais  yang mencapai umur menghamoiri 100 tahun.. yang terlantar sakit di kediamannnya di kampung Manggis yang mengakui mengenali Lajim dan menyifatkan sebagai pemimpin yang sentiasa mengambil berat kebajikan rakyat turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas sumbangan tersebut

" Dalam faktor usia yang lanjut dan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan saya berkerja sudah tentu sumbangan ini amat bermakna bagi meringankan beban saya dan keluarga yang menjaga kebajikan saya selama ini" katanya

Sementara itu Johair yang juga ketua wanita PPPS Pusat program tersebut akan terus digerakkan di setiap daerah mengundi bukan sahaja di kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Penyu namun telah dan akan terus dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri Klias.

Saturday, 9 March 2013

SETIAUSAHA BAHAGIAN PARTI STAR BEAUFORT LETAK JAWATAN DAN SERTAI PPPS


Oleh : Alhak




LAJIM ....menyerahkan bendera parti  Keadilan kepada Lam Chong Eng selepas menerima borang penyertaan beliau menyertai PPPS semasa majlis tersebut



Tidak berpuas hati dengan kepimpinan dan ahli tuju perjuangan Parti Star setiausaha bahagiannya Lam Chong Eng Abdullah mengumumkan perletakkan jawatannya sekali gus menyertai PPPS .

Majlis pengistiaran keluar parti dan penyerahan borang penyertaan sebagai anggota PPPS yang bergabung dengan pakatan rakyat telah dilakukan di kediaman Lam Chong di kampung mempagar yang turut disaksikan oleh Presiden PPPS Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin serta barisan ahli majlis tertinggi PPPS

Lam Chong Eng yang sebelum ini merupakan bekas Ketua Umno cawangan Quary Baru 1 telah meletakan jawatannya bagi menyertai parti Star dan dilantik sebagai setiausaha bahagian, bagaimana menyedari perjuangan parti Star tidak hala tuju yang jelas telah merubah pemikirannya untuk meninggalkan Star dan menyertai PPPS yang menyokong perjuangan parti Pakatan.

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort semasa ditemui selepas majlis penerimaan borang keahlian berkata, kemasukan Lam Chong dan Eng membuktikan perjuangan PPPS dalam membela kehidupan rakyat secara adil dan saksama kini semakin diterima oleh rakyat bukan sahaja di kawasan tersebut malah di lain lain kawasan.

" Tidak ada ganjaran istimewa kita sediakan bagi setiap orang yang menyertai perjuangan kita, bagaimanapun semua ini timbul kerana adanya kesedaran rakyat Sabah yang memerlukan perubahan kerajaan yang lebih adil dalam mengagih-agihkan pembangunan dan kemakmuran negara tanpa mengira kaum dan wilayah" katanya.