Monday, 15 October 2012

KERAJAAN BN TIDAK JUJUR HAPUS PTI


RAKYAT di Sabah sangat-sangat mengharapkan agar belanjawan kerajaan bagi tahun 2013 memberi penekanan kepada masaalah yang besar di Sabah. Pertama-tamanya ialah masalah Pendatang Tanpa Izin (PTI).

Namun semasa belanjawan ini dibentang Perdana Menteri, tidak menyentuh sama sekali masalah PTI di Sabah. Setelah RCI dibentangkan, rakyat di Sabah mengharapkan kerajaan membentangkan program bagaimana masalah ini diselesaikan.
Saya secara peribadi kecewa kerana kerajaan seolah-olah tidak memberi perhatian terhadap masalah ini. Saya telah membawa masalah ini berkali-kali dalam dewan ini dan akan saya terus timbulkan perkara ini selagi tidak ada penyelesaian mutlak.

Pada 2 Oktober 2012 saya bertanya dalam dewan ini mengenai penambahan mendadak jumlah penduduk di Sabah sejak tahun 1960. Kerajaan menjawab dengan mengatakan bahawa kehadiran PTIyang begitu ramai itu tidak menggugat keselamatan negeri Sabah.

Saya ingin menyatakan bahawa jawapan ini tidak mencerminkan keadaan yang sebenarnya berlaku di Sabah. Laporan menyatakan bahawa 80% daripada jumlah kejadian jenayah di Sabah adalah disebabkan oleh orang asing. Kehadiran PTI sebanyak 889,779 di Sabah menyebabkan timbulnya pelbagai masalah ekonomi dan sosial.

Orang asing sudah mula menguasai aktiviti pekerjaan dan perniagaan di seluruh Sabah, seperti pemandu teksi, menjual ikan dan menjual barangan runcit dan sayur-sayuran di pasar-pasar mingguan. Kebun-kebun sayur hamper kesemuanya dikuasai olih mereka. Penggunaan racun rumpai dan racun perosak yang tidak terkawal dan berlebihan di kebun-kebun sayur yang mereka usaha adalah berleluasa.

Dalam perkara ini saya tidak nampak apa-apa usaha oleh pihak berkuasan untuk mengawal keadaan ini kerana kalau ini dibiarkan sudah tentu kesihatan rakyat Sabah akan terjejas dalam masa panjang.

Di pasar mingguan di Sabah, orang tempatan sudah kehilangan tempat berjual kepada orang asing. Sepatutnya pihak kerajaan tempatan mengambil peranan untuk mempastikan rakyat Sabah diberi keutamaan untuk berniaga. Kenapakah kerajaan terus menutup mata dan telinga terhadap masalah ini?

Dewan Yang Mulia ini juga harus tahu dan sedar bahawa kes-kes penyambungan air dan letrik di Sabah adalah majoritinya disebabkan oleh orang asing. Oleh kerana activiti mencuri air dan letrik ini sangat berleluasa di Sabah, maka ia menjadi bebanan yang besar oleh pihak Jabatan air Sabah dan Lembaga Letrik Sabah untuk mengesan dan mengawal.

Ini menyebabkan kadar air tak berpulangan (non-revenue water) tinggi di Sabah ia itu sebanyak 60 peratus, yang tertinggi dalam Negara. Rakyat di Sabah juga masih bergelut dengan bekalan elektrik yang sering kali terputus. Kehadiran pendatang asing ini memburukkan lagi keadaan.

Dari segi perkidmatan awam pula kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan yang tinggi untuk menampung perbelanjaan, umpamanya Kementrian kesihatan memaklumkan bahawa kementrian tersebut membelanjakan sebanyak RM12 juta ke atas perkhidtmatan kesihatan kepada orang asing sedanagkan rakyat tulen di Sabah terpaksa bergelut dengan mutu perkhidmatan kesihatan yang masih rendah.

Saya minta kerajaan jelaskan kepada rakyat di Sabah kenapa Sabah ini dibiarkan dibanjiri oleh PTI? Mereka ini bukan saja berada kawasan bandar dan tempat-tempat tertentu; tetapi mereka ini juga berada di kawasan perkampungan tempatan dan di ladang-ladang getah orang kampung.

Kenapa kerajaan gagal melaksanakan tanggung jawap untuk menguatkuasakan undang-undang? Apabila orang ramai melapurkan kehadiran PTI di sebuah kampung tidak ada tindakan yang diambil sehinggakan orang ramai putus asa untuk melapur kepada pihak yang berkenaan.

Saya mengalu-alukan penubuhan Royal Commission of Inquiry (RCI) ke atas PTI di Sabah. Bagaimanapun pertanyaan timbul kenapa kerajaan mengambil masa begitu lama membuat pengumuman?

Kabinet telah meluluskan penubuhannya dalam bulan Febuari 2012 tetapi pengumuman dibuat hanya pada bulan Ogos. Inipun berikutan tekanan daripada kami. Terma yang diberi kepada RCI ini hanyalah berbentuk penyiasatan dan tiada peranan untuk membuat cadangan atau ketetapan ke atas apa-apa tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terlibat melanggar undang-undang.

Adakah kerajaan tunduk kepada Bekas Perdana Menteri yang menentang penubuhan RCI? Rakyat di Sabah berpendirian bahawa penubuhan RCI ini tidak serius, hanya setakat untuk cuba meredakan kemarahan rakyat menjelang PRU 13.

Tugas pertama yang harus dibuat oleh RCI ini ialah membersihkan senarai pengundi sabelum PRU 13 diadakan kerana terbukti ramai daripada PTI ini sudah tersenarai dalam daftar pemilih.

Dalam semakan kami tidak kurang daripada 250,000 dari mereka ini sudah disenaraikan sebagai pengundi di Sabah. Ini termasuk mereka yang memegang kad pengenalan palsu.

Contohnya ialah pada 29 September 2012 dilapurkan seorang bangsa asing yang bernama Hasanudin Manna yang memegang no kad pengenalan palsu bernombor 741029-12-5463 telah dijatuhi hukuman satu tahun penjara dan denda RM3,000.00 ringgit.

Beliau mengaku membeli kad pengenalan palsu tersebut dengan harga RM1,000.00. Saya percaya ini adalah hanya sample yang kecil daripada beribu kad pengenalan palsu yang dimiliki oleh PTI di Sabah.

Yang penting ialah panama ini adalah dalam senarai pengundi. Beliau ini terdaftar sebagai pengundi di Daerah mengundi Inanam Laut dalam kawasan DUN Karambunai dan kawasan Parlimen Sepanggar.

“Pihak Suruhanjaya Pilihanraya telah memberi jaminan bahawa tiada PTI terdaftar dalam senarai pengundi. Bolehkah Suruhanjaya menjelaskan perkara ini? Kenapakah kerajaan biarkan orang asing terlibat dalam sistem demokrasi Negara kita? Bukankah ini satu penghianatan kedaulatan Negara?
Perkembangan Perdamaian Kerajaan Pilipina

Kita sangat mengalu-alukan pengumuman pelan perdamaian antara keajaan Filipina dan MILF baru-baru ini. Sudah tentu ia akan mencetus satu kesetabilan politik di rantau ini. Saya mengesah kerajaan mengambil peluang untuk mengambil langkah secepat mungkin untuk mengatur kepulangan balik pelarian dari Negara itu yang diberi IM13.

Saya percaya mereka ini inginkan balik ke tanah air mereka setelah wujudnya damai di negara mereka sendiri. Peluang ini juga adalah yang terbaik bagi kerajaan untuk menyelesaikan masaalah pendatang tanpa izin.

Saya menyeru kerajaan berunding dengan kerajaan Filipina untuk mewujudkan satu kedutaan di Sabah untuk membolehkan pengeluaran Passport kepada ribuan PTI di sana. Kad-kad pengenalan yang telah diberi kepada PTI mesti ditarik balik dan diganti dengan pasport demi untuk mempertahan dan menjaga kedaulatan Sabah di Malaysia.

Pengeluaran Padi/Beras Yang Tidak Mencukupi

Saya ingin menyentuh beberapa perkara dalam belanjawan. Pertamanya saya ingin menarik perhatian kerajaan mengenai dengan kedudukan pengeluaran beras di Sabah. Pada ketika ini Sabah hanya mengeluarkan 30% keperluan beras. Penurunan peratusan beras ini disebabkan dua factor ia itu pertambahan penduduk khasnya kehadiran PTI yang begitu banyak dan banyak sawah padi tradisional telah berkurangan kerana tukar penggunaan.

Saya alu-alukan pembangunan dan perluasan jelapang padi di Kota Belud. Namun saya kira ini tidak mencukupi. Kawasan-kawasan padi lain harus dibangunkan. Sawah-sawah padi yang terbiar perlu diusahakan semula secara sistematik.

Teknologi moden harus diguna secara meluas dan bantuan jentera pembajak ditambah kerana salah satu masalah yang besar di kalangan pesawah di Sabah sekarang ini ialah kekurangan jentera pembajak. Saya berharap Skim Perlindungan Takaful Padi yang diperkenalkan dalam belanjawan dapat mengalakkan petani padi untuk membangun semula sawah yang telah terbiar.

Skim Bantuan Kebajikan

Perkara kedua yang saya ingin sentuh ialah berkaitan dengan bantuan kebajikan kepada keluarga miskin. Kementrian kebajikan telah membatalkan ramai penerima baru-baru ini. Saya ingin bertanya kepada kementrian apakah sebabnya bantuan ini dibatal tanpa memberi sebab yang jelas.
Di kawasan saya sendiri, Tuaran, saya dimaklumkan seramai 900 bantuan telah dibatalkan. Saya perhatikan ada di antara mereka yang sangat memerlukan juga dibatalkan. Saya melawat seorang penerima yang sakit terlantar lebih dari 10 tahun dan beliau memaklumkan saya bantuannya juga dibatalkan.

Projek Sekolah Menengah Pekan Nabalu Yang Terhenti

Saya ingin bertanya kepada Kementerian Pelajaran apakah sebab pembinaan SMK Pekan Nabalu tidak berjalan seperti yang telah dijanjikan? Timabaln Menteri berjanji bahawa kerja-kerja pembinaan akan bermula dalam tempuh 3 bulan semasa lawatan beliau dulu. Sekarang sudah lebih setahun namun kerja-kerja pembinaan belum bermula. Di mana sudah janji ditepati?

Cyber Café Haram

Saya ingin menarik perhatian Kementerian Dalam Negeri mengenai kewujudan Cyber Cafe yang menjalankan perjudian di kawasan saya di Tuaran. Saya dimaklumkan oleh orang ramai bahawa terdapat 3 buah Cyber Cafe di pekan kecil Tamparuli dan 4 buah di Pekan Tuaran.

Tempat-tempat ini beroperasi sekian lama dan dalam pengetahuan umum tetapi tiada tindakan dari pihak yang berkenaan dan ada di kalangan orang tempatan bertanya sama ada tempat ini mendapat perlindungan dari pihak tertentu. Saya minta kementrian mengambil tindakan yang sewajarnya.

Permohonan Projek Mendesak

YAB Perdana Menteri pernah meminta permohonan projek mendesak dari ahli-ahli Parlimen. Saya telah menyampaikan permohonan 2 jambatan yang sangat diperlukan di kawasan saya.

Namun sehingga hari ini tiada berita. Saya kecewa kerana peruntukan pembangunan tidak diagehkan sama rata sebab peruntukan sebanyak $430 juga dibahagi kepada satu pulau saja di Semporna; sedangkan kawasan-kawasan lain sangat memerlukan projek mendesak.

“Memandangkan masa untuk saya tidak mengizinkan, saya hanya menyentuh beberapa perkara secara ringkas sahaja. Pertamanaya saya tertarik dengan cadangan kerajaan untuk membina Pasar Ikan Rakyat.

Saya mengalu-alukan cadangan ini kerana ia sangat bersesuaian untuk Sabah disebabkan orang asing hampir menguasai pemasaran ikan di Sabah. Harga ikan sudah melambung tinggi hingga ke tahap lebih 100%.

Saya juga ingin menyentuh tentang pengumuman pelan pembangunan pendidikan untuk tempuh 2013 hingga 2025. Saya ingin bertanya kepada kerajaan sama ada perundingan dan perbincangan dengan pihak-pihak yang berkaitan seperti kumpulan ‘educationist’, NGO dan lain-lain sudah dijalankan untuk mendapat pandangan mereka?

Kita mengharapkan dengan pelan ini mewujudkan dasar pendidikan yang tetap dan berpanjangan. Nampaknya dasar pendidikan kerajaan banyak berubah dalam tempoh yang singkat seperti bahasa pengajar mata pelajaran Sains dan Matematik.

Saya juga ingin menarik perhatian kerajaan kepada projek perumahan Kg Mengkabong di Kawasan saya di Tuaran yang menelan perbelanjaan sebanyak RM80 juta. Sudah tentu projek ini di alu-alukan namun saya lihat ia dilaksanakan tanpa perancangan yang teliti.

Sunday, 14 October 2012

PKR MAMPU URUSTADBIR NEGARA DENGAN BAIK JIKA DIBERI MANDAT RAKYAT SELEPAS PRU-13, DATO'SERI ANWAR IBRAHIM


KEMABONG TENOM : Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim menyelar sikap kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai tidak prihatin kepada masalah serta bebanan rakyat kerana terpaksa berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi terutamanya keperluan asas seperti minyak petrol dan barangan runcit yang lain.

Beliau berkata, melihat keperitan hidup rakyat yang semakin tertekan kerana masalah itu, mendorong beliau mencadangkan kepada kerajaan supaya harga minyak diturunkan namun Perdana Menteri bimbang kononnya negara akan muflis jika ia diturunkan.

“ Kita tak faham kenapa kerajaan lantas sahaja berkata negara akan muflis jika setiap benda yang pembangkang cadangkan demi kebaikan rakyatnya diberi jawapan yang negatif,sedangkan minyak, gula dan lain lain keperluan terus naik tetapi kerajaan membiarkan ini berlaku.

“ Sebaliknya, tanah adat (NCR) hak rakyat diambil mereka, balak dan saham hilang entah kemana perginya,menjadikan rakyat hidup merana.

“ Sebagai Perdana Menteri atau Ketua Menteri harus memikirkan secara meluas dan jangka panjang kesan tindakan seperti itu kepada anak cucu cicit dari kepelbagaian kaum di negara ini,” kata beliau semasa program ceramah perdana di Kg Kalibatang Lama Tenom  yang dihadiri  lebih dari  1,000 orang

Hadir sama Pengerusi (PPPS) Sabah Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin, Ketua AMK PKR Nasional Shamsul Iskandar,  Bekas Wakil Rakyat Kuala Penyu Datuk John Ghani,  Datuk Karim GhaniDatuk James Ghani, Dr Chong Eng Leong, Sophia Leong Chau Chu dan Biyou Suyan.

Ketua Pembangkang itu yang juga merupakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nasional dan Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, tidak ada cara lain lagi untuk memperbetulkan kecacatan pentadbiran negara masa kini yang diterajui BN-UMNO selain dari menumbangkan mereka pada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) akan datang ini.

Tegasnya lagi, jika rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat (PR) menawan Putrajaya selepas PRU-13, beliau yakin bahawa PR mampu melakukan yang terbaik untuk menerajui kerajaan baru dengan lebih sempurna sepertimana berlaku kepada negeri negeri yang ditadbir pembangkang khususnya Selangor dan Pulau Pinang.

Beliau mengambil contoh bahawa selepas PR mengambil alih kerajaan negeri Selangor pada tahun 2008 (PRU-12) langkah utama dilakukan ialah menstrukturkan semula pengurusan bekalan air dimana rakyat Selangor menempah sejarah menikmati bekalan air secara percuma sehingga sekarang.

“ Bukan setakat itu sahaja...malah setiap pelajar masuk Universiti dapat bantuan sebanyak RM1,000. Ibu yang melahirkan anak mendapat bantuan RM200 iaitu sama dengan Pulau Pinang kerana ia telah menjadi dasar kerajaan PR yang telus dan ikhlas.

“ Kita bukan janji kosong tetapi PR kotakan janjinya dimana diSabah juga akan menikmati semua janji ini jikalau Sabah ditadbir PR selepas PRU-13 kelak,” tegas beliau disambut dengan sorakan hadirin.

Melihat senario itu, Najib sehingga sekarang tidak berani membubarkan Parlimen sepertimana yang sering dicanangkannya dipentas pentas ceramah umum UMNO-BN sebelum ini untuk menghadapi rakyat pada PRU-13 bagi mendapat mandat bari secara demokrasi, jelas Anwar.

Dalam pada itu, Dato'Seri Anwar yakin akan dapat menumbangkan kerajaan BN yang ditunjangi UMNO pada PRU-13 berdasarkan pemerhatiannya ketika program turun padang berceramah diseluruh negara telah mendapat sambutan yang diluar jangkaan kerana rakyat telah bosan dengan keadaan sekarang lantas mahukan perubahan.

Secara berseloroh beliau berkata, “ Nampaknya selepas PRU-13 kita lantik Najib jadi Ketua Pembangkang yang baru (atau)...kalau tidak pun kita lantik sebagai Duta Besar Malaysia ke negara Monggolia,” ujarnya.

Anwar Ibrahim Pakatan Rakyat (PR) Mampu Urustakbir negara 

Pengerusi PPPS Sabah Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin yang turut hadir
ke majlis tersebut bersalaman dengan orang ramai yang menyembut kedatangan beliau


Anwar pertahan bajet pembangkang


BEAUFORT : Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan bajet yang dicadangkan pembangkang adalah realistik dan tidak akan menjejaskan ekonomi negara sekiranya dilaksanakan.

Anwar berpandangan bajet alternatif itu yang dirangka Pakatan Rakyat (PR) tidak mungkin akan memudaratkan keutuhan kewangan dan keyakinan terhadap ekonomi negara sekiranya para pemimpin tidak mengamalkan sikap boros dan rasuah.

"Saya berpendapat sesebuah negara itu akan muflis apabila ada berlakunya keborosan dalam mentadbir kewangan dan apabila terjadinya amalam rasuah dalam kalangan pemimpin.

"Saya kata muflis itu bila wang penternak diambil dan bila kos pembinaan lebih dari yang sepatutnya.
"Tidak ada dalam sejarah dunia bila kerajaan itu membantu rakyat susah dan miskin akan menyebabkan ekonomi merosot yang akhirnya akan memufliskan negara, " jelas Anwar.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Bersama Pemimpin Pakatan Rakyat Ke Arah Gelombang Perubahan di Kampung Lawa, Beaufort,  dekat sini baru-baru ini.

Hadir sama, Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin, Presiden Parti Bumiputera Bersatu Sabah (Bumi),  Dato’ Idris Ali, dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu, Datuk John Ot Ghani.

Oleh itu, kata Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, PR meminta kerajaan untuk berbahas akan tetapi tiada sebarang jawapan dari pemimpin Umno setakat ini.

"Kalau dia (kerajaan) yakin kita muflis, dia sepatutnya dengar dan cuba untuk patahkan hujah pakatan rakyat.

"Itu sebab saya minta supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak setuju untuk berbahas dan berdebat dengan kita.

"Dan sepatutnya medan parlimen digunakan soal berbahas isu itu kerana kita akan terangkan bagaimana kita boleh batalkan PTPTN, kita jelaskan dengan terperinci bagaimana boleh turunkan harga minyak malah harga kereta pun kita jelaskan bagaimana kita boleh kurangkan, " kata Anwar.

Terdahulu berucap di majlis tersebut Lajim yang juga Pengerusi Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) pilihanraya umum ke 13 kali ini, adalah masa yang terbaik bagi rakyat Sabah khususnya di kawasan Lumadan membuat perubahan bagi memilih kerajaan yang benar benar ikhlas dan bertanggungjawab membawa pembangunan yang lebih seimbangan untuk kepentingan rakyat di negeri ini.

Katanya, rakyat  Sabah yang sudah merdeka 49 tahun dan Umno/Barisan Nasional sudah memerintah selama 18 tahun rakyat Sabah  berhak menikmati kemajuan yang lebih baik dari sekarang.

 " Janganlah semasa pilihanraya mereka (BN) tunjukkan kebaikan dengan memberikan bantuan tangki air sedangkan kita  berhak menikmati kemudahan bekalan air paip begitu juga kemudahan kemudahan lain yang sepatutnya disediakan sebelum rakyat bersedia menghukum kerajaan yang menzalimi rakyat" katanya.

Sehubungan dengan itu katanya rakyat Sabah perlu rasional dan terbuka fikiran untuk memikirkan bagi menukar kerajaan yang ada pada hari ini bagi menentukan nasip serta masa depan rakyat Sabah khususnya generasi pewaris akan terbela nasip mereka



SEBAHAGIAN penduduk yang hadir bersalaman dengan Anwar ketika di majlis itu.


                               BERSEMANGAT....Lajim ketika turut berucap di majlis tersebut


                     SOKONGAN...Sebahagian dari penyokong PR yang hadir pada majlis tersebut begitu
                                             khyusuk mendengar ucapan Anwar di majlis tersebut

Thursday, 11 October 2012

SERANGAN LAJIM BERSIFAT DENDAM POLITIK: SALLEH KERUAK


DIPETIK DARI SABAH KINI 


Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak



KOTA KINABALU : Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak yakin rakyat bijak menilai serangan 'politik peribadi' Datuk Seri Lajim Ukin terhadap kepemimpinan UMNO peringkat negeri sejak kebelakangan ini.

Tegas beliau pelbagai dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan Lajim terhadap kepimpinan UMNO lebih bersifat 'dendam politik dan agenda peribadi' menjelang pilihan raya umum ke-13 yang semakin hangat sekarang.
“Isu-isu yang dibangkitkan oleh Lajim dalam temuramah itu bukan perkara baru, tetapi cuba dicanang semula untuk tujuan 'political mileage' dan sebagai justifikasi menyertai Pembangkang.

“Perkara yang dibangkitkan itu adalah sesuatu yang lumrah disuarakan oleh mereka yang bergelar pembangkang, tujuannya untuk mencipta isu (create issues) memburuk-burukkan pemimpin dan kerajaan bagi mendapatkan simpati dan meraih sokongan politik”, katanya kepada UMNO-Online sebagai mengulas serangan Lajim terhadap kepimpinan UMNO dalam temuramah bersama 'Sinar Harian' pada Isnin lepas,

Jelas beliau lagi dakwaan mengenai politik cantas-mencantas adalah satu tanggapan Lajim semata-mata.

“Dalam konteks UMNO, keputusan akhir terserah kepada Presiden Parti dengan mengambil kira pelbagai aspek. Dalam konteks Sabah, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Hj Aman merupakan seorang yang bersikap terbuka untuk perbincangan, baik soal politik mahu pun isu pembangunan.

“Dalam soal pembangunan, Lajim yang pernah dalam kerajaan tentu memahami mengenai prosedur dan tatacara pelaksanaannya yang bukan boleh dibuat dalam sekelip mata, tetapi melalui peringkat proses demi proses sebelum projek itu sampai kepada rakyat”, ujarnya.

Mengenai isu royalti minyak untuk Sabah, beliau yang juga Speaker DUN Sabah berkata kerajaan negeri dan Ketua Menteri telah membuat kenyataan mengalu-alukan perbincangan terbuka mengenai perkara tersebut.

“Kerajaan negeri sudah tentu mengharapkan manfaat yang lebih besar, tetapi kita kena akur juga mengenai sumbangan kerajaan Pusat dalam bidang-bidang lain, selain mengambil kira kepentingan dan kesamaratan dalam sebuah Persekutuan.

“Rakyat Sabah mahukan kestabilan politik Negara dan terus menikmati hasil pembangunan dan transformasi yang dilakukan oleh Kerajaan”, katanya.

Justeru beliau percaya Datuk Seri Najib adalah pilihan Rakyat Sabah untuk terus menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Wednesday, 10 October 2012

DASAR BELIA PERLU SEALIRAN DENGAN PEMIKIRAN BELIA DI PERINGKAT AKAR UMBI :AZMAN


BEAUFORT : Pelaksanaan dasar belia yang dilaksanakan oleh kerajaan, perlu sealiran dengan pemikiran orang muda di peringkat akar umbi untuk mengelakkan kelesuan persatuan belia.

Ketua Pemuda Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS Azman Datuk Seri Panglima Lajim  berkata, jika  ianya tidak dselaraskan , ianya akan membentuk jurang antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) belia dengan Kerajaan sekali gus membantutkan kegiatan generasi muda.

Menurutnya, dasar yang kerap berubah, malah kadangkala belum sempat dilaksanakan akan memberi kesan  kepada pengurusan sesebuah NGO.

“Golongan belia berhak mengkritik sesiapa sahaja termasuk kepimpinan kerajaan, tetapi kritikan itu perlu berasas serta tidak menimbulkan prasangka dalam kalangan masyarakat" katanya ketika ditemui selepas merasmikan penutupan kejohanan Futsal Peringkat Parlimen Beaufort di Dewan Sri Pertayu Kota Klias dekat sini baru baru ini

Mohd Azman berkata, amat dikesali kerana ada pemimpin setempat dan pihak atasan terlepas pandang aspek pembangunan modal insan golongan belia yang sangat penting.

“ Mereka hanya diberikan perhatian bila ada keperluan terutamanya untuk kepentingan politik ,mengabaikan  peruntukan kepada pembangunan belia di peringkat bawah menyebabkan faktor lesunya NGO daripada bergiat aktif,” katanya.

 Mengulas penganjuran kejohanan Futsal tersebut Mohd.Azman berkata ianya merupalan pendedahan aktiviti berbentuk riadah  yang mampu membimbing mereka ke arah nilai moral yang positif.

Beliau berkata melalui aktiviti sukan mampu meningkatkan rasa tanggungjawab golongan belia terhadap peranan dan kepentingan sokongan sosial mereka kepada masyarakat disamping mengwujudkan budaya sehat dan mengeratkan hubungan silatulrahim

“ Melalui program sukan ini, banyak bakat muda yang berkebolehan dalam sesuatu bidang sukan mampu kita tampil dan gilap peringkat demi peringkat, justeru kita yakin golongan ini mampu menonjol sebagai golongan yang boleh dibanggakan  jika semua pihak saling berkerjasama menjayakanya" katanya

SEPAK MULA.. Mohd.Azman ketika melakukan sepak mula
 sebagai  simbol penutupan kejohanan tersebut


                            TAHNIAH...Mohd.Azman ketika menyampaikan hadiah Johan kepada 
                                       ketua pasukan yang memenangi kejohanan tersebut.

TUNAIKAN JANJI PRU KE 12 SEBELUM PRU KE 13

Senyuman yang tidak ikhlas




Saudara Pengarang 


SURAT terbuka ini saya tujukan kepada Adun Klias, Datuk Azizah Mohd Dun Banir dan Pemangku Ketua Bahagian UMNO Beaufort, Isnin Aliasnih, yang seharusnya dipertanggung jawabkan berhubung kemunduran rakyat Kota Klias yang menderita di bawah janji bahagia Barisan Nasional.

Saya yang mewakili penduduk dan pengundi Kampung Kota Klias, dan Parlimen Beaufort memohon beberapa buah projek dengan kadar segera sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 demi untuk menuntut janji yang telah dilakar selama ini, tetapi belum pernah ditepati.
Berikut adalah projek yang dijanjikan dan dipohon yang dianggarkan keseluruhannya bernilai RM250 juta;

01) Parit konkrit sepanjang jalan Kg.Kota Klias (daripada jambatan Tangulian ke Jambatan Pendiki).

02) Membina jalan raya baru sepanjang 5 km dari Sg. Besi ke Kg Hulu (Kg Lama Hulu Seberang).

03) Baiki SANS/SUIS Kg.Kota Klias.

04) Bina sebuah bangunan untuk operasi Persatuan Belia Kota Klias.

05) Baikpulih tandas awam Kota Klias.

06) Buat sebuah jeti di Sg.Pendiki untuk kegunaan nelayan tempatan.

07) Bersihkan sepanjang Sg.Siantan.

08) Baiki dan buat parit di kebun sawit penduduk Kota Klias.

09) Baiki pagar SK.Kota Klias.

10) Bina jambatan gantung ke kawasan tanah perkuburan Kg.Hulu, Kota Klias.

11) Pembaikan paip air ke rumah-rumah penduduk kg kota klias/ganti rugi kepada penduduk kampung yang terlibat, disebabkan pembinaan paip besar yang sedang dijalankan.

12) Membaiki kalbot ke rumah-rumah penduduk Kg. Kota Klias yang terjejas akibat pembinaan paip besar.

Kerjasama dan keprihatinan Datuk Azizah dan Isnin dalam perkara ini amatlah dihargai. Sila jawab dalam masa tujuh (7) hari daripada surat ini disiarkan kerana kami menuntut agar semua 'Janji Ditepati'.

Sekian, terima kasih.

Salam Hormat,

MOHD.ROBIL BIN ESA
Wakil Penduduk dan pengundi Kg.Kota Klias,Beaufort.

Monday, 8 October 2012

PKR CABANG BEAUFORT SOKONG LAJIM TANDING DI DUA KAWASAN


BEAUFORT: Ahli Jawatankuasa (AJK) tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Beaufort sebulat suara menyokong Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin bertanding di Parlimen Beaufort dan di DUN Klias pada pilihanraya umum ke 13 akan datang.

Cadangan terhadap pencalonan Lajim yang juga Pengerusi Pertubuhan Pakatan Perubahan Rakyat Sabah (PPPS) di dua kawasan berkenaan dibuat oleh Ketua Cabangnya Abd.Jarih Haji Ukin  dalam mesyuarat Agung (AGM) tahunan PKR Cabang Beaufort yang diadakan di sini baru baru ini.

Abd.Jarih berkata, keputusan sebulat suara itu turut mendapat sokongan seluruh anggotaPKR Cabang Beaufort terhadap pencalonan Lajim, malah mereka juga pastikan calon lain Pakatan Rakyat (PR) di kawasan ini meraih kemenangan besar dalam PRU ke 13 .

" Sokongan ini adalah berdasarkan semangat maugakat dan persefahaman jitu yang terjalin sejak sekian lama di kalangan anggota PPKR dan kompenan PR khususnya di kawasan Beaufort,

" Malah sokongan terhadap PR terutamanya di kawasan ini juga semakin positif dengan pertambahan ahli,didorong lagi dengan penyertaan Lajim ke PR yang sekali gus memberikan anjakan semangat bagi rakyat menyokong perjuangan kami" katanya ketika ditemui selepas AGM tersebut.

Hadir sama Lajim Ukin yang juga Ahli Parlimen Beaufor,Pengerusi PKR Sabah Ahmed Thamrin Jaini,dan Ketua Cabang PKR Sipitang Dojit Muda.

Abd.Jarih berkata, sebelum ini terdapat sedikit pertentangan dari kalangan PKR cabang ini terhadap desas-desus yang mengatakan Lajim akan bertanding di dua kawasan berkenaan.

" Pada ,ulanya, ada sedikit kerisuan di kalangan ahli ahli PKR Cabang Beaufort yang berusaha keras sejak 2008 hingga kini, namun atas persefahaman yang berkongsi satu matlamat perjuangan, kami sebulat suara menyokong pencalonan Lajim di dua kawasan itu" katanya.

" Inilah kelebihan PR yang tidak ada dalam Barisan Nasional, dimana atas dasar muafakat,kami tidak mementingkan jawatan kerana perjuangan utama adalah pembelaan terhadap kebajikan dan nasib rakyat yang mahukan perubahan mengatasi segalanya" jelas Abd.Jarih lagi.


Terdahulu sebanyak 65 borang keahlian baru PKR Cabang Beaufort diterima parti itu semasa mesyuarat tersebut

SEPAKAT...Lajim bersama Pengerusi PKR Sabah Pengerusi PKR Sabah Ahmed Thamrin Jaini, membincangkan sesuatu semasa majlis tersebu



AMANAT....Lajim turut menyampaikan amanatnya semasa majlis tersebut.


                                HUBUNGAN INTIM.
                           Lajim turut menyatakan sesuatu kepada 
  Ketua Cabang PKR Beaufort Abd.Jarih sebelum majlis bermula




                               MESRA...Lajim diringi oleh Abd.Jarih bersalaman dengan
                                      para perwakilan yang hadir ke mesyuarat tersebut.


 
          SERAH BORANG  Pengerusi PKR Sabah Ahmed Thamrin Jaini, sambil 
                 diperhatikan oleh Ketua Cabang PKR Beaufort Abd.Jarih dan 
                       Timbalan Taufeck Ruschi menyaksikan penyerahan
                           permohonan baru ahli PKR di kawasan itu