Monday, 8 October 2012

PKR CABANG BEAUFORT SOKONG LAJIM TANDING DI DUA KAWASAN


BEAUFORT: Ahli Jawatankuasa (AJK) tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Beaufort sebulat suara menyokong Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin bertanding di Parlimen Beaufort dan di DUN Klias pada pilihanraya umum ke 13 akan datang.

Cadangan terhadap pencalonan Lajim yang juga Pengerusi Pertubuhan Pakatan Perubahan Rakyat Sabah (PPPS) di dua kawasan berkenaan dibuat oleh Ketua Cabangnya Abd.Jarih Haji Ukin  dalam mesyuarat Agung (AGM) tahunan PKR Cabang Beaufort yang diadakan di sini baru baru ini.

Abd.Jarih berkata, keputusan sebulat suara itu turut mendapat sokongan seluruh anggotaPKR Cabang Beaufort terhadap pencalonan Lajim, malah mereka juga pastikan calon lain Pakatan Rakyat (PR) di kawasan ini meraih kemenangan besar dalam PRU ke 13 .

" Sokongan ini adalah berdasarkan semangat maugakat dan persefahaman jitu yang terjalin sejak sekian lama di kalangan anggota PPKR dan kompenan PR khususnya di kawasan Beaufort,

" Malah sokongan terhadap PR terutamanya di kawasan ini juga semakin positif dengan pertambahan ahli,didorong lagi dengan penyertaan Lajim ke PR yang sekali gus memberikan anjakan semangat bagi rakyat menyokong perjuangan kami" katanya ketika ditemui selepas AGM tersebut.

Hadir sama Lajim Ukin yang juga Ahli Parlimen Beaufor,Pengerusi PKR Sabah Ahmed Thamrin Jaini,dan Ketua Cabang PKR Sipitang Dojit Muda.

Abd.Jarih berkata, sebelum ini terdapat sedikit pertentangan dari kalangan PKR cabang ini terhadap desas-desus yang mengatakan Lajim akan bertanding di dua kawasan berkenaan.

" Pada ,ulanya, ada sedikit kerisuan di kalangan ahli ahli PKR Cabang Beaufort yang berusaha keras sejak 2008 hingga kini, namun atas persefahaman yang berkongsi satu matlamat perjuangan, kami sebulat suara menyokong pencalonan Lajim di dua kawasan itu" katanya.

" Inilah kelebihan PR yang tidak ada dalam Barisan Nasional, dimana atas dasar muafakat,kami tidak mementingkan jawatan kerana perjuangan utama adalah pembelaan terhadap kebajikan dan nasib rakyat yang mahukan perubahan mengatasi segalanya" jelas Abd.Jarih lagi.


Terdahulu sebanyak 65 borang keahlian baru PKR Cabang Beaufort diterima parti itu semasa mesyuarat tersebut

SEPAKAT...Lajim bersama Pengerusi PKR Sabah Pengerusi PKR Sabah Ahmed Thamrin Jaini, membincangkan sesuatu semasa majlis tersebu



AMANAT....Lajim turut menyampaikan amanatnya semasa majlis tersebut.


                                HUBUNGAN INTIM.
                           Lajim turut menyatakan sesuatu kepada 
  Ketua Cabang PKR Beaufort Abd.Jarih sebelum majlis bermula




                               MESRA...Lajim diringi oleh Abd.Jarih bersalaman dengan
                                      para perwakilan yang hadir ke mesyuarat tersebut.


 
          SERAH BORANG  Pengerusi PKR Sabah Ahmed Thamrin Jaini, sambil 
                 diperhatikan oleh Ketua Cabang PKR Beaufort Abd.Jarih dan 
                       Timbalan Taufeck Ruschi menyaksikan penyerahan
                           permohonan baru ahli PKR di kawasan itu



NAIB KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO BEAUFORT LETAK JAWATAN


BEAUFORT: Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) yang bergabung  dengan  Pakatan Rakyat (PR)  menerima seorang lagi pemimpin  Umno bahagian Beaufort  Ruandi Haji Basnih yang mengumukan perletakkan jawatannya dari parti Umno dan menyertai PPPS    sekaligus melihatkan pergolakan dalam parti khususnya di bahagian itu

Ruandi , Naib  Ketua Pergerakan Wanita Umno bahagian Beaufort mengumumkan untuk keluar parti dalam satu majlis  pemimpin bersama rakyat yang diadakan dikampung Pansung Beaufort dekat sini

Majlis itu dihadiri oleh  Pengerusi PPPS Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin ,Ketua Cabang PKR Beaufort Ramlee Haji Okin dan Ketua Wanita PPPS Hajah Johair Matlani, Timbalan Ketua Cabang PKR Beaufort Tahufeck Haji Ruchi dan  bekas calon PKR Klias Abdul Rahman Yakub.

Penyertaan Ruandi yang sejak sekian lama menjawat  Jawatan Naib Ketua Wanita Umno bahagian itu turut menjejaki langkah sebahagian ahli jawatankuasa Umno bahagian Beaufort yang kini bersama-sama Lajim  dalam PPPS termasuklah dua pemimpin utama  di kawasan itu iaitu Bekas Pemimpin Kemajuan Rakyat Klias Ustaz Saidin Musih  dan Pegawai Kemajuan Masyarakat Ansir Danih yang telah pun menyertai PPPS sebelum ini.

Ditemui di majlis tersebu Ruandi ,  berkata perubahan akan berlaku di Sabah dan seterusnya di Malaysia dalam percaturan politik pada pilihanraya umum ke 13 akan datang.

Katanya, perubahan perlu dilakukan oleh rakyat di negeri ini agar mereka benar benar menikmati hak sebagai rakyat yang merdeka terutamanya dari sudut pembangunan dimana Sabah terlalu jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan lain lain negeri biar pun Sabah memiliki kekayaan sumber yang turut menjana ekonomi negara namun kehidupan rakyatnya masih ada yang miskin.

  " Walaupun saya  kurang aktif setelah berehat semasa sakit, namun saya melihat tiada perkembangan positif terhadap   perjuangan parti khususnya Wanita di kawasan ini yang lebih mementingkan kepentingan peribadi dan kronai dan gagal menunjukkan kepimpinan terutamanya dalam mengwujudkan budaya kerja berpasukan yang memberikan kesan bagi memberikan khidmat terbaii untuk rakyat" Jelas Ruandi

Sementara itu Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort ketika mengalu-alukan kemasukan Ruandi dan  rakan rakannya untuk berjuang bersama PPPS berkata,  sambutan positif rakyat di negeri ini terhadap perjuangan PPPS dalam merubah landskap politik Sabah semakin ketara.


  " Sambutan positif ini bukan sahaja setekat di kawasan ini, malah kita telah menjelajah di beberapa buah daerah dan sememang rakyat memberikan sokongan bagi membawa perubahan yang lebih baik demi masa depan rakyat dan negeri Sabah pada pilihanraya Umum Kali ini" katanya

LAJIM : 'Mengapa saya keluar Umno'


DATUK SERI LAJIM UKIN sebagai pemimpin veteran Sabah, mengejutkan dunia politik negara apabila beliau bertindak keluar parti ketika rakyat negara ini ternanti-nanti tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Dengan Pakatan Rakyat (PR) tidak berhenti-henti berkempen di Negeri Bawah Bayu ini, ramai penganalisis melihat pembangkang mampu membuat kejutan di negeri ini sekali gus mencerahkan peluang PR merampas Putrajaya.

Persoalannya sekarang, adakah Lajim mampu memberi daya tujah tambahan kepada usaha PR? Ikuti wawancara khas  INI
Kenapa Datuk memilih keluar Umno dan Barisan Nasional (BN) sekarang?

Saya keluar kerana Umno terutamanya di Sabah bukan lagi seperti Umno dahulu. Umno Sabah sudah dikuasai oleh Pengerusi Perhubungan Umno Negeri sendiri, Datuk Seri Musa Aman. Apa sahaja yang beliau lakukan adalah monopoli dan tiada orang lain boleh menegur. Selain itu, tiada dasar konkrit Umno di Sabah untuk mengatasi masalah yang dihadapi rakyat termasuklah di kawasan saya.

Jadi Datuk keluar dari Umno kerana masalah dengan Ketua Menteri?

Dalam parti, saya hormatinya sebagai Ketua Perhubungan Umno Negeri, tetapi dalam soal peribadi, mungkin beliau mengambil hati dengan saya kerana saya terlalu lantang dalam menyuarakan masalah rakyat dan soal perpaduan dalam parti.

Saya sering berkata dalam parti jangan ada cantas-mencantas, letak calon sendiri untuk jatuhkan Ketua Bahagian Umno sendiri. Sebagai contoh saya sendiri, Pada tahun 2008, Ketua Wanita Umno Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun melawan saya, sedangkan pada waktu itu Musa sebagai Ketua Perhubungan dan Ketua Menteri. Jika beliau rasa bertanggungjawab yang tinggi, sepatutnya beliau boleh menasihatkan Ketua Wanita itu supaya tidak bertanding.

Saya berkata begini kerana pertama, beliau sudah menang menjadi Ketua Wanita. Keduanya, tiada kedengaran rakyat di kawasan Beaufort yang mahu saya turun dari menjadi wakil rakyat. Selain itu, tiada keadilan kepada pemimpin-pemimpin tertentu. Ada pemimpin yang dapat lebih, ada pemimpin yang tidak dapat apa-apa. Umno sepatutnya adalah milik semua orang.

Apakah tiada sebab-sebab lain? Seperti pembangunan, contohnya.

Masalah utama adalah masih ramai lagi rakyat tidak mendapat bekalan elektrik dan air sejak 49 tahun pembentukan Malaysia.

Rakyat masih meronta-ronta mahu mendapatkan bekalan air bersih. Malah ada kawasan sudah dipasang paip namun airnya masih tiada.

Perkara ini sudah disuarakan saya sejak menjadi Adun lagi. Ketika saya menjadi Timbalan Ketua Menteri pun saya sudah bawa isu ini ke hadapan. Namun masalah air tetap berlaku

Saya juga melihat tahap pembangunan di Sabah masih tidak menyeluruh, tidak sekata kerana masih banyak lagi kawasan masih belum menerima pembangunan, tidak seperti di kawasan negeri lain. Sepatutnya pembangunan dibawa ke kawasan ini.

Apakah penyelesaian yang Datuk cuba bawa?

Antara penyelesaian yang saya cuba bawa adalah projek tambatan banjir di kawasan saya. Beaufort adalah daerah  yang terkenal sejak setengah abad dahulu kerana setiap tahun mesti tiga empat kali banjir. Perkara ini sudah pun dibangkitkan tetapi sehingga hari ini tiada langkah yang diambil oleh kerajaan negeri atau pusat.

Saya juga pernah bangkitkan isu banjir ini kepada kerajaan pusat. Akhirnya saya diberitahu usul tersebut sedang dipertimbangkan. Hingga hari ini tiada apa-apa lagi jawapan. Jadi, apabila begitu, sedangkan saya menjadi wakil rakyat, maka saya tahu rakyat di kawasan saya akan melihat saya tidak berkemampuan untuk menyelesaikan masalah ini.

Walaupun saya sebelum ini sebahagian dari kerajaan, namun saya masih perlukan surat menyurat yang rasmi sama ada kepada kerajaan negeri atau persekutuan agar projek-projek ini dapat direalisasikan.

Jadi adakah faktor tiada bekalan asas ini mendorong Ahli Parlimen atau Adun lain keluar parti?

Saya tidak boleh bercakap bagi pihak mereka, tetapi saya ada bertemu dengan pemimpin-pemimpin ini. Ramai dari pemimpin Sabah hanya menunggu masa. Sama ada mereka akan menyertai mana-mana parti, itu terpulang kepada mereka.

Saya mahu pemimpin Sabah sedar apa yang sedang berlaku sekarang. Mengenai kepimpinan Ketua Menteri yang suka cantas-mencantas. Ramai pemimpin Umno sejak dari 2008 sudah dicantas oleh beliau termasuklah bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Yusoff  Yaakob sedangkan beliau termasuk dalam winnable candidate hanya kerana tidak sehaluan dengannya.

Begitu juga dengan Speaker Dun Sabah, Datuk Seri Salleh Said, dulu menteri, dibuang oleh Musa. Sedikit contoh ini membuktikan bahawa kepimpinan Sabah adalah kepimpinan one man show.  Beliau sering bertindak secara sendirian.

Selain itu, contoh cantas mencantas, Ketua Pemuda Umno Negeri, Azman Ruslan, beliau tiada apa-apa masalah, hanya dilantik sebagai ahli lembaga pengarah sebuah anak syarikat di bawah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Afdal. Shafie ini pun tidak sehaluan dengan Musa. Hanya kerana tidak sehaluan, Azman menjadi mangsa.

Azman adalah pemimpin yang cukup berwibawa, dengan kelayakan sebagai seorang peguam syariah, beliau amat sesuai menjadi pemimpin namun tetap juga dicantas. Kenapa ia berlaku?

Kerana ada konflik antara Musa dan Shafie maka akhirnya Ketua Pemuda Negeri menjadi mangsa. Sepatutnya perkara seperti ini tidak berlaku.

Begitu juga yang berlaku kepada saya, saya dibuang pada tahun 2004 sebagai Timbalan Ketua Menteri. Saya menang tanpa bertanding. Hanya kerana calon BN kalah di Dun Kuala Penyu. Pada ketika itu saya hanyalah Ketua Bahagian dan saya dituduh mensabotaj calon BN itu.

Kekalahan calon BN di Dun Kuala Penyu itu besar, dengan majoriti lebih dua ribu. Kalau benar saya sabotaj, tidak mungkin saya dapat membawa lebih dua ribu pengundi tidak mengundi calon BN. Saya menjadi mangsa.

Sejak dahulu lagi, memang ramai yang mahu menukarkan saya. Malah menjelang PRU13, ada berkata saya tidak akan menjadi calon lagi. Saya tidak tahu apa silap saya. Memang saya tidak nafikan ada juga yang tidak menyokong saya, tapi saya berani katakan di kawasan Beaufort, majoriti masih memilih saya menjadi calon.

Adakah Datuk sebelum ini memang mahu keluar dari Umno kerana krisis yang sama atau yang berlainan?

Pada saya, apabila saya menyertai Umno, saya harap Umno berkemampuan untuk melakukan perkara yang lebih baik dari kerajaan yang dahulu. Jadi saya sanggup berkorban dengan keluar dari Parti Bersatu Sabah (PBS) dengan berfikir Umno mampu selesaikan masalah rakyat.

Masalah-masalah utama pada ketika itu adalah pendatang tanpa izin, masalah pembangunan, ekonomi dan mencari cara mengeluarkan rakyat dari kemiskinan tegar, itu yang saya harapkan.

Tetapi selepas 18 tahun BN mengambil alih dan sistem penggiliran Ketua Menteri diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Sistem ini cukup rosak dan teruk sehingga ekonomi Sabah pada ketika itu jatuh merudum.

Datuk menyebut bahawa Datuk adalah calon winnable candidate, adakah Datuk Seri Najib Tun Razak ada berkata sesuatu semasa Datuk mahu letak jawatan?

Perdana Menteri minta saya bersabar, tetapi saya ada alasan yang baik diberikan kepada Perdana Menteri. Saya berjumpa dengan Perdana Menteri pada 20 Disember 2011, saya letak jatawan pada 29 Julai 2012. Maknanya saya sudah bersabar untuk lapan bulan.

Maknanya laporan yang saya hantarkan kepadanya langsung tidak mendapat apa-apa tindakan. Saya juga amat malu sebagai seorang Ahli Majlis Tertinggi Umno dan salah seorang dipertanggungjawabkan memantau keadaan di Sabah. Laporan yang saya hantar langsung tidak diterima walaupun saya memberikan fakta. Jadi untuk apa saya tunggu lagi?

Bila agaknya masa pemimpin  Sabah yang lain dijangka keluar dari BN?

Kemungkinan besar selepas Parlimen dibubarkan dan pemimpin ini tidak dicalonkan, kerana sebahagian besar dari pemimpin ini adalah winnable candidate.

Sekiranya ada perubahan yang dibuat Umno, adakah Datuk akan kembali semula kepada parti itu?

Bagi saya sukar bagi Najib untuk mengubah Umno buat masa ini, jika beliau cuba untuk mengubah Umno, saya yakin keadaan akan menjadi lebih kecoh. Dalam keadaan PRU13 hampir sekarang, tidak akan ada perubahan besar berlaku.

Mungkin selepas PRU13 nanti barulah ada perubahan. Bagi saya, jika saya gagal dalam perjuangan saya, sekurang-kurangnya saya memberi landasan kepada rakyat untuk berfikir sama ada mereka mahu 20 peratus atau lima peratus royalti minyak? Mahu wilayah autonomi atau tidak.

Selepas PRU13, faktor yang memungkinkan Datuk kembali kepada Umno?

Dalam politik apa-apa pun boleh terjadi, saya tidak mahu meramal awal dari sekarang. Jika ekonomi negara, kita boleh ramal tetapi politik... tidak.

Bagaimana Datuk melihat politik sekarang dan masa depan politik Umno dan BN pada PRU13?

Bagi saya, untuk PRU13, agak sukar bagi BN untuk menang di Semenanjung, mereka cuma mengharapkan calon-calon di Sabah dan Sarawak boleh menang. Jika PR boleh dapat 20 Parlimen di Sabah dan 20 Parlimen di Sarawak, maka BN akan tumbang pada PRU13.

Bagaimana reaksi rakyat Sabah mengenai NGO Pakatan Perikatan Sabah yang ditubuhkan Datuk?

Setakat ini reaksi yang saya dapat cukup baik. Di luar jangkaan saya.

Apakah kelebihan PR di mata Datuk?

Dalam PR, mereka ada dasar yang boleh menyelesaikan masalah rakyat, sebagai contoh mengenai royalti minyak 20 peratus. Katakan setiap tahun Sabah akan memperoleh RM6 bilion dari hasil minyak keseluruhan RM30 bilion di Sabah.

Untuk bajet negeri, RM4 bilion digunakan, maknanya dari hasil minyak sahaja Sabah ada lebihan bajet sebanyak RM2 bilion. Hasil ini tidak masuk dengan hasil negeri lain sebanyak RM4 bilion.

Maka hasil negeri dan royalti minyak ada RM10 bilion.

Dari lebihan ini, maka gaji boleh ditingkatkan dan boleh memajukan infrastruktur seluruh negeri Sabah. Selain itu, air percuma juga boleh diberikan dan pelbagai insentif lain. Dengan bajet ini, bagi saya tiga tahun sahaja, maka macam-macam perubahan yang boleh saya buat.

Adakah Datuk akan bertanding di kawasan Dun atau Parlimen?

Itu belum tentu lagi, Mungkin saya boleh bertanding di kedua-dua peringkat. Tetapi, apa yang penting, saya tidak boleh tamak kerana orang yang tamak selalu rugi.

Bagi saya yang sudah berpengalaman lebih 20 tahun dalam Kabinet Sabah, Insya-ALLAH saya boleh lakukan perubahan di negeri ini.

Adakah Datuk pernah berasa kesal kerana keluar dari Umno dan BN?

Tidak, kerana saya membuat keputusan ini sebab semangat rakyat yang berkobar-kobar. Dahulu semasa saya dalam kerajaan, ketika saya mengadakan lawatan ke kawasan-kawasan, mereka yang turun hanyalah individu yang berjawatan sahaja.

Tetapi pada hari ini, apabila saya datang semula ke kawasan-kawasan itu, sokongan rakyat adalah lebih dari apa yang saya jangkakan. Dorongan ini yang membuatkan saya lebih kuat untuk berjuang.

Adakah Datuk yakin BN Sabah akan tumbang pada PRU13?

Saya yakin untuk Dun, pembangkang akan menguasai sekurang-kurangnya 35 kerusi dan sekali gus BN Sabah tumbang.

Jika PR memperoleh Sabah, adakah Datuk calon Ketua Menteri?

Belum tahu lagi. Bagi saya apa pun peranan saya tiada masalah. Bagi saya jawatan tidak penting. Apa yang paling penting adalah rakyat.



Bagi saya, saya tiada masalah dengan kepimpinan tertinggi Umno, saya cuma bermasalah dengan dasar parti. Perkara ini yang tidak boleh diterjemahkan oleh Perdana Menteri.

Saturday, 29 September 2012

Lajim selar imbuhan yang hanya diberikan kepada kakitangan kerajaan sahaja Bajet 2013, kenapa penjawat swasta dianaktirikan?


KOTA KINABALU: Pengerusi Pakatan Perubahan Sabah (PPS), Datuk Seri Panglima Lajim Ukin menyelar pengumuman pembentangan Bajet 2013 oleh Perdana Menteri yang disifatkannya menganaktirikan penjawat swasta.

Menurut Lajim, Bajet 2013 kali ini bukan sahaja menyebabkan penjawat swasta di seluruh negeri terasa dipinggirkan malah dinafikan hak merasai nikmat yang sepatutnya diagihkan secara adil dan saksama.

"Lebih 1.3 juta penjawat awam akan mendapat bonus sebulan gaji manakala pesara kerajaan pula bakal menerima RM500, jadi dimanakah imbuhan kepada penjawat swasta?

"Kalau diikutkan, penjawat swasta turut memainkan peranan penting dalam menjaga kestabilan ekonomi negara sedia ada dan merupakan pengundi, jadi adalah tidak bijaksana sekiranya kita meminggirkan mereka (penjawat swasta), "katanya.

Lajim menambah adalah lebih baik sekiranya bajet kali ini membahagikan hak sama rata ekoran alasan Perdana Menteri bahawa pemberian bonus berkenaan adalah untuk mengurangkan beban penjawat awam terutamanya yang berkeluarga serta menghadapi musim persekolahan pada Januari tahun 2013.

"Adalah lebih baik sekiranya Perdana Menteri memikirkan nasib penjawat swasta seperti pengurangan kadar cukai yang dikenakan terhadap syarikat atau majikan bukan berpaksi kepada kroni.

"Seperti mana dikatakan tadi, langkah sebegini dilihat sebagai tidak adil kepada penjawat swasta memandangkan mereka juga adalah penentu kepada penubuhan kerajaan bukan tertakluk kepada kakitangan awam sahaja, "jelasnya ketika dihubungi kelmarin.

Mengulas lanjut sedikit mengenai pembangunan di Sabah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sewajarnya mengambil langkah bijak mengatasi kekurangan infrastruktur seperti keperluan bekalan air bersih dan elektrik.



"Seperti mana pengumuman dalam Bajet 2013 mengatakan 40,000 tangki air akan dibekalkan di pedalaman Sabah-Sarawak namun sekiranya tiada bekalan air bersih apa gunanya?, "katanya.

Sunday, 23 September 2012

TOLAK KUMPULAN PECAH PERINTAH YANG MEROSAKKAN PERPADUAN : JANANG GAYUH

Sokongan...:Lajim bersalaman dengan masyarakat Bisaya yang hadir ke majlis tersebut 



PADAS DAMIT BEAUFORT: Masyarakat Bisaya di negeri ini khususnya di kawasan Beaufort diminta agar terus mengekalkan solidariti dikalangan mereka sebagai landasan utama bagi masyarakat tersebut  bersaing dan bergerak maju ke hadapan agar setanding dengan bangsa bangsa lain.

Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) Janang gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin berkata, mereka ( masyarakat Bisaya) perlu menolak perbuatan segelintir pihak yang membawa budaya " Pecah Perintah"  agar   masyarakat Bisaya berpecah belah.

 " Perbuatan segelintir pihak ini hanya ingin memecah belah semangat perpaduan  kita samai sejak sekian lama  demi menjayakan agenda peribadi  dan politik mereka" katanya ketika berucap di majlis Pemimpin Bersama Rakyat Di Ambang Perubahan Sabah di kampung Padas Damit dekat sini .

Menurut Ahli Parlimen Beaufort ini meskipun berlainan idelogi politik namun jangan sampai keadaan tersebut turut menjejaskan hubungan harmani dan ikatan silatulrahim di kalangan masyarakat Bisaya yang sudah dikenali dengan amalan bersatu padu terutamanya dalam menjayakan agenda dan hala tuju PBBS demi memperjuangkan  masa depan masyarakat tersebut 

 " Dengan agenda politik inilah wujudnya budaya " Pecah Perintah" yang cuba diterapkan oleh pihak pihak tertentu yang ingin melihat kita berpecah belah dan akhirnya kita tersinggkir dari  arus kemajuan perdana negara" katanya.

Sambil mejelaskan beliau tidak pernah menggunakan PBBS sebagai landasan perjuangan politiknya Lajim berkata perkara ini jelas kerana sejak dahulu lagi ada di kalangan ahli dan kepimpinan tertinggi PBBS berlainan idelogi politik namun dalam agenda memperjuangkan hala tuju persatuan mereka bersatu.

 " Sedihnya ada dikalangan kita hari ini mengherat  PBBS untuk menjayakan agenda politik, mereka mudah diperalatkan oleh orang lain demi menjayakan cita cita serta perjuangan yang lebih bersifat peribadi" katanya.

 Sehubungan dengan itu Lajim mahukan masyarakat Bisaya berfikiran rasional melihat masa depan bangsanya yang bukan sahaja berhak menerima kemajuan tapi mampu memberikan sumbangan kearah membangunkan bangsa agama dan negara  .

Friday, 21 September 2012

PKR KLIAS KELUAR UMNO SERTA PPS


BEAUFORT : Hilang keyakinan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) termasuk kepimpinan wakil rakyat di kawasan Klias  menjadi faktor bagi  bekas Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias Saidin Musih meletakkan jawatannya secara terbuka bermula Khamis lepas dan membuat keputusan untuk menyertai Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang dipengerusikan oleh Bekas Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin.

"  Tiba masanya  bagi saya untuk mengundur diri  dari jawatan yang dikuasai oleh kerajaan  BN yang gagal memperjuangkan hak dan nasip rakyat Sabah  dengan  memilih wadah  yang mampu memperjuangkan nadi rakyat Sabah" katanya

Tambah  Saidin tindakannya meletakkan jawatannya sebagai PKR Kawasan Klias kerana merasakan perjuangan Umno dan BN sudah tidak selarau dengan apa yang disuarakan oleh rakyat

"Saya sememangnya tidak berpuas hati dengan BN kerana ada dasar-dasar penting tidak diperjuang oleh pemimpin-pemimpin Umno demi rakyat Sabah walaupun telah mencapai 55 tahun kemerdekaan" katanya semasa ditemui selepas menyerahkan borang kemasukan sebagai ahli PPS kepada pengerusinya Lajim  dalam satu majlis dikediamannya  di kampung Kebidang Beaufort

Antara yang hadir ialah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu, Datuk John Ghani. bekas Timbalan Menteri Persekutuan, Datuk Yahya Lampong; Ketua Cabang PKR Beaufort, Abdul Jarih Ukin dan Pemimpin PAS Sabah, Aminudin Aling.

Menurut Saidin  beliau tertarik dengan dasar-dasar yang mahu diperjuangkan Pakatan Rakyat (PR) kerana semua itu meliputi aspek-aspek yang tidak dinyatakan dalam Umno.

"Oleh kerana dasar penting itu tidak diendahkan Umno, maka rakyat berasa sedih dan kecewa kerana rakyat sedar, jika ianya tidak diperjuangkan, mereka sendiri berasa rugi termasuklah nasib-nasib belia Sabah yang tidak dibela selama ini, " katanya.

Sementara itu, Lajim turut mengulas tindakan mengejut bekas PKR Klias untuk menyertai PR adalah kerana Saidin mahu turut serta berjuang demi masa depan rakyat dan Negeri Sabah.

Kata Lajim, Saidin berbuat sedemikian adalah untuk berjuang demi rakyat di jalan yang benar sehinggakan sanggup meninggalkan jawatan tinggi dan gaji yang lumayan.

"Saya pasti gaji sehingga lebih RM4,000 sebulan itu tidak bermakna lagi jika beliau sendiri melihat ada segelintir rakyat yang tidak terbela dan dipinggirkan begitu sahaja.

"Mungkin baginya, jawatan dan gaji tidak bermakna .jika nasib rakyat dan generasi akan datang tidak menentu, justeru beliau mengambil keputusan untuk berjuang bersama-sama saya dan rakan-rakan pemimpin PR yang lain, " jelas Lajim.



Lajim yakin dan percaya akan ada lagi yang akan turut serta dan tidak mustahil akan ada pemimpin-pemimpin Umno di Beaufort yang akan mengikut jejak langkah Saidin.

Thursday, 20 September 2012

PPS DAN APS SEMAKIN MENDAPAT SOKONGAN RAKYAT


PITAS: Pakatan Perubahan Sabah (PPS) dan Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang dilancarkan sejak pertengahan Ogos lepas semakin mendapat perhatian  rakyat untuk menyertai gerakan kedua-dua  badan NGO ini.

Pengerusi (PPS) Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin berkata, dari sirih jelajah PPS dan APS yang sedang rancak dijalankan ketika ini rakyat memberikan maklum balas yang positif terhadap arah serta perjuangan kedua-dua badan NGO tersebut yang bergabung dengan Pakatan Rakyat bagi mempastikan segala masalah rakyat di peringkat akar umbi dapat dikenal pasti  dan diatasi sebaik sahaja Pakatan Rakyat membentuk kerajaan selepas pilihanraya umum akan datang

" Dari maklum balas serta kehadiran orang ramai pada setiap sirih perjumpaan yang kita adakan ianya mendapat maklumkan balas yang positif jumlah kehadiran orang ramai yang datang ke majlis kita walaupun tidak disediakan kemudahan seperti tambang dan sebagainya ianya tetap mendapat sambutan yang begitu menggalakkan" katanya ketika ditemui selepas mengetuai siri Jelajah PPS dalam acara pemimpin bersama rakyat di kawasan Utara Sabah itu di kampung  Rokum Pitas dan di Kota Belud.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort sambutan dan maklum balas yang diterima ini memberikan gambaran rakyat  ingin membuat perubahan terutamanya dalam memilih kerajaan yang akan mentadbir negara selepas PRU ke 13 ini.

Ditanya apakah isu yang sering dibangkitkan oleh rakyat semasa perjumpaan yang diadakan Lajim berkata, isu kemiskinan, isu pembangunan serta ketidakadilan agihan bantuan kerajaan, isu pengambilan tanah , isu pendatang tanpa izin merupakan isu isu hangat dan relevan yang dihadapi oleh rakyat  yang menjadi halatuju perjuangan  PPS dan APS bagi memerjuangkan hak dan kepentingan rakyat Sabah yang tertindas dan jauh  ketinggalan dalam segala aspek pembangunan selama ini.

 " Isu-isu yang dibangkitkan oleh mejoriti rakyat khususnya di kawasan luar bandar terutamanya dalam aspek penyediaan insfrastruktur pembangunan seperti jalanraya, bekalan air dan api akan kita perjuangkan dimana sebagai rakyat dalam sebuah negara merdeka mereka berhak menikmtainya" tegas Lajim.

 Sehubungan dengan itu beliau mengajak rakyat agar membuat perubahan dengan memilih kerajaan Pakatan Rakyat  pada pilihanraya umum kali ini  bagi membawa perubahan yang lebih ketara dalam segala aspek pembangunan demi kesejehteraan rakyat

"Umno dan  Barisan Nasional telah memerintah Sabah selama 18 tahun namun apa yang Sabah dapat dari hasil pemerintahan mereka. Walaupun Sabah kaya namun negeri ini terus ketinggalan dari negeri-negeri di Semenanjung," katanya

Sambil memberikan keyakinan  jika Pakatan Rakyat diberi peluang untuk memerintah, hak kebajikan dan pembangunan Sabah akan diutamakan