Wednesday, 6 March 2013

Gesa Najib pastikan kedaulatan wilayah negara, keselamatan rakyat Sabah dan pasukan keselamatan


Setiap pimpinan mana-mana negara sekalipun bertanggungjawab mempertahan kedaulatan wilayah negara, keselamatan rakyat dan anggota pasukan keselamatan.
pcKegagalan mempertahankan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat merupakan satu pengkhianatan serta menodai amanah rakyat. Justeru Pakatan Rakyat berhasrat mengingatkan pimpinan negara agar tegas mempertahankan kedaulatan wilayah negara dan tidak alpa memastikan keselamatan setiap rakyat Malaysia, terutamanya di Sabah ekoran dari insiden pencerobohan sekumpulan bersenjata warga asing di sekitar Lahad Datu serta Semporna. Setiap inci tanah Sabah dan keselamatan rakyatnya wajib dipertahankan.
Pencerobohan di Lahad Datu telah mengorbankan dua nyawa perwira negara manakala insiden terbaru di Semporna pula mengorbankan enam nyawa perwira negara. Kita merakamkan ucapan takziah buat keluarga mereka dan rakyat Sabah serta berdoa moga roh mereka dicucuri rahmat.
Pakatan Rakyat juga mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk tetap teguh mendokong pasukan keselamatan, samada dari pihak polis atau tentera. Kita berdoa moga mereka kekal selamat serta bersemangat mempertahankan negara dan rakyat Malaysia dari ancaman penceroboh.
Pakatan Rakyat sedar keadaan mutakhir di Sabah sememangnya menimbulkan kebimbangan, akan tetapi kita menyeru agar orang ramai tetap bertenang dan tidak mengambil tindakan terburu-buru atau menyebarkan berita-berita fitnah yang boleh menimbulkan keresahan. Pakatan Rakyat ingin menyatakan dengan jelas keyakinan kita terhadap kecekapan dan kebolehan anggota pasukan keselamatan. Mereka pastinya dapat menjalankan tugas dengan profesional sekiranya diberi kebebasan bertindak tanpa sebarang campurtangan politik.
Sehingga kini, kita merasa kesal dan kecewa dengan sikap kepimpinan negara yang tidak mempamerkan kewibawaan dan iltizam dalam menyelesaikan masalah ini. Pimpinan negara juga gagal menyalurkan maklumat tepat, cepat dan telus serta memberikan penjelasan terhadap apa yang berlaku kepada umum sehingga menyebabkan khabar angin tersebar luas.
Pakatan Rakyat menggesa supaya isu ini tidak dijadikan arena tuduh-menuduh dan sewajarnya kepimpinan negara memberi tumpuan kepada isu keselamatan negara serta tidak mengalihkan pandangan rakyat dari kelemahan mereka. Sewajarnya mereka menyedari, keutamaan adalah demi mempertahankan kedaulatan negara, keselamatan rakyat dan perwira negara yang bertungkus lumus di perbatasan.
Pakatan Rakyat menuntut agar segera diadakan satu sidang khas Parlimen bagi membincangkan isu pencerobohan ini serta demi untuk mendapatkan gambaran sebenar insiden yang tercetus di Sabah. Kita juga berhasrat mengadakan satu persidangan meja bulat di antara pimpinan Pakatan Rakyat dengan pimpinan kerajaan dalam usaha untuk mencapai muafakat bersama berhubung isu ini.

Konflik Lahad Datu berlarutan tunjuk pemimpin BN lemah – Anwar


PETALING JAYA 6 MAC: Tempoh masa lama yang diambil kerajaan untuk menangani serangan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah tunjuk bukti kepimpinan BN gagal selesaikan krisis itu, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, pencerobohan itu yang berlarutan hingga lebih tiga minggu tanpa tindakan serius oleh pemerintah menunjukkan kelemahan dalam kepimpinan hari ini.
Anwar lagi“Ini bukan kegagalan pasukan polis atau ATM (Angkatan Tentera Malaysia), tetapi kepimpinan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.
Beliau berkata, perkara ini berlaku ekoran kelemahan dalam memberi arahan daripada pihak atasan.
“Kenapa kerajaan perlu tunggu hingga 23 hari baru tindakan diambil. Mana kenyataan pemimpin? Kementerian Dalam Negeri, Menteri Pertahanan?
“Sedangkan kedaulatan telah digugat dan lapan anggota keselamatan terkorban,” tegasnya.
Beliau menjadikan tragedi Sauk di Grik, Perak pada 2001 sebagai contoh apabila insiden itu hanya mengambil masa empat hari diselesaikan.
Kata Anwar, kedaulatan dan maruah negara dijamin jika Pakatan Rakyat mentadbir negara.
“Bila situasi seperti itu berlaku, polis dan tentera perlu ada struktur arahan (command structure) yang jelas. Saya rasa ia tiada di sana.
“Jika kita ambil alih, kita janji tidak akan benarkan negara kita tidak diceroboh, demi kedaulatan dan maruah negara,” kata Anwar.

Umno hadapi perang dengan jeneral tempang






Umno nampaknya terpaksa menyertai pilihan raya umum ke 13 dalam keadaan serba pincang.

Dengan kumpulan tukang kempen utama mereka iaitu Wanita Umno lumpuh ekoran tragedi lembu masuk kondo dan tanah LTAT, Umno hilang penggerak utama mereka.

Sekarang ini ke mana Wanita Umno bergerak dalam baju merah puteh mereka, bunyi 'mooo' akan dibuat.

Skandal tanah Ketua Wanita Umno Selangor pula memperlihatkan bagaimana Umno mengorban kepentingan anggota tentera untuk kroni mereka.

Pada awal April 2012 lalu, Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah, Wanita Umno Selangor yang juga Exco Wanita Umno Malaysia dilantik sebagai senator yang baru.

Beliau menggantikan Datuk Seri Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno yang terpaksa berundur kerana skandal lembu masuk kondo.

Namun, selepas itu meletus skandal LTAT yang didedahkan oleh bekas rakan perniagaan isteri perdana menteri, Deepak Jaikishan dan diperjelaskan lagi oleh Rafizi Ramli yang sebelum itu 'membunuh' kerier politik Shahrizat.


Pemuda lumpuh

Ketika tukang kempen mereka lumpuh, Pemuda Umno juga tidak kelihatan bergerak.

Kalau selama ini bilik gerakan Umno banyak dipenuhi oleh tenaga muda mereka, kini Pemuda juga sunyi sepi.

"Tidak ada wang bang, macamana nak gerak," kata seorang pemimpin muda Umno kepada penulis.

Berikutan tindakan pimpinan Umno yang terlalu takut kepada Tun Dr Mahathir, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin sehingga kini tidak mendapat sebarang jawatan dalam kerajaan.

Akibatnya, sumber kewangan untuk menggerakkan Pemuda Umno terputus langsung.

Sedangkan semua tahu memang menjadi budaya dalam Umno tanpa wang semua kerja tidak boleh jalan.

Keadaan itu semakin parah apabila semua ketua-ketua pemuda Umno negeri juga dilantik Khairy.

Hasilnya sebagaimana Khairy bermasalah di pusat, ketua-ketua pemuda negeri pula bermasalah di negeri masing-masing.

"Masalah paling besar kepada pemuda adalah apabila Khairy diketepikan, tidak ada mana-mana pihak yang berani mendekati atau membantu Khairy.

"Ini kerana mereka tidak mahu dilihat membantu atau bersama Khairy kerana takut diserang oleh orang PM dan juga orang Tun (Dr Mahathir).

"Hasilnya Khairy sedang mati perlahan-perlahan bersama seluruh jentera pemudanya," kata sumber itu.

Yang terakhir, apabila pemuda mencalonkan 25 nama dari kalangan mereka untuk dijadikan calon dalam polihan raya ini, hanya dua nama saja yang lekat.

Kini pemuda menunggu masa saja untuk bertindak, apatah lagi kalau pemilihan calon ini menjadi realiti nanti.


Azalina 


Di samping pemuda dan wanita, semua terasa sejak Datuk Azalina Othman Said meninggalkan Puteri Umno, sayap Umno untuk wanita muda ini seolah-olah sudah tidak ada.

Dengan berketuakan pemimpin dari Sabah, Puteri Umno seolah-olah sudah tidak ada lagi di medan.

Serangan Najib terhadap Azalina ketika beliau baru mengambil alih pucuk kepimpinan negara dari Pak Lah benar-benar menghiris Azalina.

(Puteri Umno ketika berada di zaman kegemilangannya)

"Kita bukan mahu melihat muka menterinya, kita hendak melihat tempat-tempat pelancongan," begitulah kira-kira kata Najib membidas bilboard pelancongan yang dipasang Azalina untuk membuat promosi ke atas kawasan pelancongan di negara ini.

Hasilnya tidak lama selepas itu semua bilboard ini jatuh bersama jatuhnya Azalina dari arus perdana politik Umno dan Malaysia.

Namun manusia ini sama saja. Ia lebih  mudah melihat kesilapan mereka yang bekerja tetapi sukar untuk melihat mereka yang tidak bekerja dan diri mereka sendiri.

Kalau dulu Najib marah kerana muka Azalina dalam bilboard pelancongan, sekarang muka Najib bukan di bilboard saja bahkan di mana-mana. Hatta pintu tandas pun ditampal gambar Najib.

Tidak cukup dengan itu, semua pengundi baru akan menerima surat bermuka Najib memujuk dan merayu mereka agar memberikan peluang sekali lagi kepada BN.

"Terharunya...takkan sampai merayu begini sekali. Sampai minta maaf segala," kata seorang gadis yang menerima surat Najib. Beliau adalah antara kira-kira 5.2 juta pengundi baru yang bakal mengundi buat pertama kalinya.

Selain wanita, pemuda dan puteri, ramai yang beranggapan, Putera Umno hanya tingga Datuk Azeez (Abdul Rahim) seorang sahaja.

Ini kerana, inilah saja muka dipromokan termasuklah kononnya dilantik menjadi duta oleh negara Palestin. Padahal lebih 1,000 orang telah dilantik oleh kerajaan Hamas untuk menjadi duta kepada negara dan perjuangannya.

Dengan ketiga-tiga sayap utama lumpuh dan sayap Putera tinggal Azeez seorang, bagaimanakah Umno mahu meneruskan peperangan ini.

Najib bukan sahaja berdepan dengan Deepak Jaikishan, sekarang PI Bala juga balik untuk meranapkan lagi kredibiliti beliau. Hantu Altantuya akan mengejar ke mana-mana beliau pergi.

Hatta perbelanjaan jutaan ringgit untuk membawa penyanyi Gangnam Style, Psy, juga masuk ke dalam longkang sahaja apabila penonton sepakat berkata "NO" kepada Barisan Nasional.

Memang Tun Dr Mahathir berusaha untuk menukar jeneral perang Umno ini, namun dengan satu kes sahaja dibuka, iaitu RCI Sabah, Mahathir terpaksa melutut kepada Najib.

TV3 dengan bangganya melaporkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad antara tetamu VIP yang turut menyambut kepulangan Perdana Menteri Malaysia dari luar negara.

Inilah dilema besar Umno. Muhyidin Yassin dimalukan di Sabah bahkan Ng Yen Yen juga dimalukan di majlisnya sendiri di Jonker Walk, Melaka.

Umno hadapi perang kali ini dengan semua jeneralnya tempang...yang tinggal hanya tukang raba yang sedang mencatur dalam War Room Umno.

Tuesday, 5 March 2013

LAJIM: SAYA BUKAN PEMIMPIN INDIVIDULISTIK



Oleh: Puteri Ayu


KUALA PENYU: Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin menyangkal tomahan sesetengah pemimmpin BN di kawasan tersebut yang menyifatkan beliau sebagai pemimpin yang lebih mementingkan diri sendiri dan tidak mengambil perhatian terhadap masalah yang dikemukakan oleh rakyat.

Katanya, rakyat khususnya di kawasan Parlimen Beaufort telah melihat sejauh mana perubahan pembangunan yang telah beliau perjuangan untuk kepentingan rakyat di kawasan tersebut.


SIAP SEDIA...Lajim ketika meninjau persiapan dibilik gerakan PPPS di daerah Mengundi Temporong bagi menghadapi PRU ke 13 kali ini.

 " Jika masalah rakyat melibatkan  kemudahan asas kepada rakyat kita telah  suarakan kepada kerajaan bagi memohon peruntukan cuma dalam soal kelulusan ianya bukan dibidang kuasa kita ,jika masalah rakyat bersifat peribadi kita bantu mana yang boleh dibantu" katanya.

Sebaliknya menurut Lajim jika selama ini beliau bergelar sebagai wakil rakyat hanya sekadar mengutamakan kepentingan peribadi dan berdiam diri di dalam pejabat sudah tentu segala projek pembangunan yang ada di kawasan tersebut tidak dapat disalurkan.


TERIMA...Lajim menerima borang penyertaan menjadi ahli PPPS dari Awang Bungsu Dullah salah seorang pemimpin UMNO di kampung Temporong  yang telah meletakkan jawatannya bagi menyertai perjuangan PPPS

Menurut beliau sepanjang beliau menjadi wakil rakyat, banyak keperluan pembangunan yang disuarakan kepada kerajaan antaranya menaiktaraf jalanraya, pembinaan masjid dan surau serta kemudahan asas yang lain.

 " Ada isu yang kita suarakan  dengan lebih lantang sebagai contoh isu bekalan air ke kawasan Menumbok dan sekitarnya yang berpuluh puluh tahun  dihadapi oleh rakyat walau bersilih ganti pemimpin tidak dapat diselasaikan oleh kerajaan BN, apabila rakyat marah dan saya keluar meninggalkan BN baru mereka sibuk luluskan peruntukan,apakah ini kerajaan yang prihatin kepada masalah rakyat" tanya Lajim.
SOKONGAN....Sebahagian dari rakyat jelata yang hadir ke majlis tersebut.

Beliau yang juga Presiden PPPS berkata demikin ketika ditemui selepas menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Temporong baru baru ini  sebagai mengulas dakwaan Pemangku Ketua Umno bahagian Beaufort Isnin Haji Aliasnih dalam beberapa sirih  ceramahnya yang mendakwa beliau (lajim) tidak mengambil perhatian dan tindakan terhadap masalah rakyat di kawasan tersebut.

Majlis yang dihadiri hampir 1000 orang penyokong itu juga turut dihadiri oleh bekas Wakil Rakyat Kuala Penyu Datuk Johan OT Ghani, Ketua wanita PPPS Hajah Johair Matlani dan kepimpinan tertinggi PPPS dan APS.

Tambah Lajim beliau  belum pernah menerima  aduan rakyat yang beliau enggan menjawap panngilan telefon atau menjawap sistem pesanan ringkas (SMS) setaip kali rakyat menghubungi beliau mengemukakan masalah begitu juga setiap masalah yang ditimbulkan jika dapat diatasi tidak pernah beliau mengungkitnya kembali sebagaimana sikap sesetengah pemimpin BN suka mengungkit apa yang mereka berikan kepada rakyat 

SEGAK...Lajim  dan Johan turut dipakaikan baju resmi jentera PRU PPPS pada majlis tersebut

Menurut Lajim pemimpin BN di kawasan itu sudah tidak mempunyai isu untuk dibangkitkan kepada rakyat melainkan menjaja tomahan dan fitnah menyerang peribadi beliau .

Katanya sebagai pemimpin kanan parti  dan mempunyai kedudukan dalam kerajaan pemimpin terlibat juga boleh membantu menyelesaikan masalah rakyat , namun mereka lebih banyak memikirkan kepentingan peribadi dari menyelesaikan bersama masalah rakyat dan turun padang menemui rakyat hanya bermusim bagi meraih sokongan dan simpati dari rakyat.


AMANAT...Lajim ketika menyampaikan ucapannya pada majlis tersebut

 " Saya tidak bersikap masuk bakul angat sendiri, tapi rakyat boleh membuat perbandingan kemajuan yang  saya usahakan sebagai ahli parlimen berbanding sebelum ini ternyata jauh berubah " katanya

Malah menurut beliau ada pemimpin yang sudah lama menjadi pemimpin dari zaman pemuda sehingga sekarang apakah perubahan yang dibawa olehnya  untuk memberikan anjakan kepada kemajuan pemuda di kawasan tersebut yang boleh dibanggakan oleh golongan belia.

Di majlis tersebut Lajim turut menerima penyerahan borang kemasukan beberapa pemimpin Umno/BN di kawasan daerah mengundi Temporong yang meletakkan  jawatan dan turut menyertai perjuangan PPPS.

Sunday, 3 March 2013

JENTERA GERAK GEMPUR PEMUDA PPPS DILANCARKAN



Oleh: Jemmy Tan

BERSEDIA...Lajim diiringi oleh Azman bersalaman dengan anggota gerak gempur pemuda PPPS sejurus tiba untuk melancarkan program tersebut



BEAUFORT: Bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang kini berada di ambang pintu Pergerakan Pemuda Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) bahagian Beaufort  pagi kemarin telah melancarkan Gerak Gempur Pemuda PPPS

Majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin yang turut dihadiri oleh Ketua Pemuda PPPS Beaufort Azman Datuk Lajim, Bekas Wakil Rakyat Kuala Penyu Datuk Johan Ghani dan Ketua Wanita PPPS Pusat Hajah Johair Matlani.

Azman yang juga Naib Ketua Pemuda PPPS Pusat ketika ditemui berkata, pasukan gerak gempur yang dilancaran itu perlu berada di barisan hadapan kerana perang politik pada PRU KE 13 .yang dianggap sengit kali ini bukan lagi berbentuk tradisional atau kerahan jentera seperti memasang poster dan menggantung bendera namun tugasnya lebih berat dan menyeluruh

" Pasukan ini perlu bersedia dari aspek mental dan ilmiah terutamanya dalam menanganu pelbagai isu dan provakasi yang dimainkan oleh pihak lawan dengan menggunakan pelbagai kaedah 

" Kita akan bergerak dalam satu pasukan turun padang memperjelaskan isu semasa dan provokasi yang dimainkan oleh parti lawan disamping memanafaatkan siber bagi menangani penyebaran fitnah terhadap  pemimpin Pakatan dan PPPS yang kini berleluasa menerusi Internet" katanya.


Ketua Pemuda PPPS Beaufort Azman Datuk Seri Panglima Haji Lajim
ketika berucap di majlis tersebut


Sementara itu Lajim yang juga Presiden PPPS dalam ucapan perasmian  di majlis pelancaran tersebut mengingatkan  anggota-anggota sayap PPPS Pemuda dan Wanita  supaya bersiap siaga pada tahap yang efisien bagi menghadapi pilihan raya kali ini.

Katanya pemuda perlu matang berfikir dalam membuat keputusan  dan perubahan demi masa depan mereka, dimana mereka jangan mudah diperalatkan oleh individu tertentu khususnya di kawasan itu yang hanya memerlukan golongan muda disaat mereka memerlukan sokongan demi kepentingan survival politik mereka.



Jemputan yang hadir di majlis pelancaran Jentera Gerak Gempur Pemuda PPPS

 " Jika selama ini anda (pemuda) diperalatkan oleh golongan ini demi mengajar kedudukan mereka demi mempertahankan survival dan kepentingan peribadi mereka, pada PRU ke 13 kali ini,merupakan landasan terbaik bagi melakukan segala perubahan agar masa depan pemuda lebih terbela " katanya

Beliau juga turut mengingatkan anggota pemuda PPPS  supaya menjalankan kempen secara berhemah untuk mengelak berlaku sebarang konfrontasi 

“Ahli jangan ghairah dan melihat keadaan masyarakat setempat. Mereka perlu dekati golongan muda secara berkesan untuk mendapatkan keberkesanan dalam berkempen,” katanya " katanya.

Monday, 25 February 2013

Wanita PPPS tubuh pasukan Gerak Mesra Wanita (GMW)



BERSEDIA....Anggota GMW PPPS menunjukkan isyarat mereka sudah bersedia menggalas tanggngjawab
Oleh: Puteri Ayu

BEAUFORT: Pegerakan Wanita Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) menubuhkan pasukan khas dari rumah ke rumah bagi memberi penerangan serta menangkis tohmahan dan provokasi parti lawan , terutama ketika pilihan raya yang sering disasar kepada suri rumah.

Ketua Wanita PPPS Hajah Johair Matlani  berkata , pasukan yang dikenali sebagai Jentera Gerak Mesra Wanita (GMW)  itu akan bergerak dan melakukan kunjungan dari rumah ke rumah  bagi merapatkan hubungan antara PPPS  dan rakyat disamping mempertingatkan sokongan mereka terhadap perjuangan PPPS yang berpaksikan perjuangan untuk membela rakyat.

Menurut Johair GMW juga akan bergerak secara berkumpulan mendampingi rakyat  memperjelasan isu serta arah  perjuangan PPPS bagi membela nasib dan masa depan rakyat secara adil dan saksma

" Kita fahaman penyaluran maklumat kita agak terbatas kerana ruang kita memperjelaskan dimedia tempatan nasional agak terbatas dengan adanya pasukan ini kita akan terus ke akar umbi memperjelaskan isu dan perjuangan disamping mengeratkan hubungan silatulrahim" katanya ketika ditemui selepas pelancaran GMW. PPPS di sini baru baru ini.

Majlis pelancaran GMW telah disempurnakan oleh Presiden PPPS Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin yang turut dihadiri oleh isteri beliau Datin Seri Panglima  Hajah Normilah Siong ,Bekas Wakil Rakyat Kuala Penyu Datuk Johan OT Ghani dan barisan ahli majlis tertinggi PPPS

TAHNIAH....Lajim diiringi oleh Johair, Normilah dan Johan ketika menyampaikan sijil kepada salah seorang anggota GMW pada majlis tersebut


Menurut beliau Jentera GMW PPPS dan jentera  pilihan raya Wanita PPPS kini berada di fasa terakhir, dan akan melipatgandakan usaha bagi memberikan keyakinan kepada rakyat disamping menyalami segala masalah yang dihadapi oleh rakyat

Ketika diminta mengulas sambutan golonangan wanita terhadap GMW khususnya di kawasan tersebut Johair berkata ianya mendapat sokongan padu dari kalangan wanita dimana hampir 500 orang anggotanya siap siaga bergerak secara berkumpulan menjelang PRU ke 13 ini , dan begitu juga di lain lain kawasan .

 SOKONGAN...Antara anggota GMW  PPPS yang hadir ke majlis tersebut.




Terdahulu, dalam ucapannya, perasmian Pelancaran pasukan tersebut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort  berkata pemerkasaan golongan hawa  melalui PPPS ahir akhir ini amat positif dan membuktikan sokongan Wanita kepada  hala tuju dan perjuangan PPPS  amat baik sekali.

Beliau juga mengingatkan Wanita PPPS  bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya umum, yang dijangka amat mencabar dengan memberikan keyakinan  kepada rakyat diperingkat akar umbi bahawa hala tuju perjuangan PPPS  adalah berorentasikan atas kepentingan rakyat di negeri ini

“Dalam politik, ia  seumpama perlumbaan,  semangat kita mesti berkobar-kobar di saat-saat akhir ini kerana apabila kita melihat trend  parti lawan dengan pelbagai bantuan sumbangan yang hanya muncul disaat saat menghadapi PRU umpama menyediakan rakyat dengan " Gula-Gula" hanya sekadar meraih sokongan dan selepas itu mereka akan lupa kepada sokongan rakyat" katanya

Friday, 22 February 2013

LAJIM: SEDIA DITENTANG


Oleh Puteri Ayu



MEMBAKUT: Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin menegaskan, beliau bersedia ditentang oleh mana-mana pemimpin Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di kawasan yang beliau wakili baik kerusi Parlimen Beaufort dan Kerusi DUN Klias

Menurutnya, sebagai sebuah negara demokrasi beliau tidak ada masalah untuk berhadapan dengan sesiapa pun yang mahu mencabarnya.

“ Tidak menjadi masalah ,atau merasa gentar kepada sesiapa sahaja yang ingin mencabar negara ini demokrasi malah dari awal lagi saya sudah jelaskan saya sudah bersedia dari segi mental dan fizikal " katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Pimping dekat sini 



Lajim diiringi oleh  Datuk Johan Ghani dan Narawi Ahmad bersalaman dengan
golongan belia sejurus tiba ke majlis tersebut


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan  Pemangku Timbalan Ketua Umno Bahagian Isnin Haji Aliasnih di beberapa media tempatan baru baru ini yang menyatakan kesanggupan untuk menentang  Presiden Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPSPS) itu pada PRU13  di kerusi Parlimen  atau negeri .




KeratanAkhbar kenyataan Pemangku Ketua Bahagian Umno Beaufort
Isnin Haji Aliasnih yang bersedia mencabar Lajim

Menurutnya .Isnin merupakan sebahagian dari anak didiknya dalam bidang politik dan berhak untuk bertanding  itupun sekiranya pucuk pimpinan tertinggi BN memilih beliau untuk mencabarnya dalam PRU ke 13 kali ini

Untuk Rekod Isnin merupakan anak muda yang mewarisi kepimpinan Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort sebelum ini secara mudah memangku jawatan tersebut setelah penyandangnya sebelum ini Abdul Rahman Yakub meletakkan jawatan dan menyertai PKR. 

Selepas itu Isnin tidak pernah dicabar dalam pemilihan ketua Pemuda sehingga tamat tempoh walaupun ada calon calon yang ingin mencabarnya namun difahamkan permainan kotor menghalang pencalonan berlaku sehingga pada satu ketika beliau bersama ahli jawatankuasa Pemuda Umno bahagian  pernah di panggil,oleh Lembaga Displin Umno ekoran aduan pencabarnya sebelum ini Karim Maslin yang kini Setiausaha Sulit Menteri Pembangunan Wanita dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Hajah Azizah  Datuk Mohd Dun yang tidak berpuas hati dengan Isnin disebabkan    pencalonannya di halang sehingga  mencetuskan pergaduhan ketika itu 



Lajim menerima borang penyertaan dari salah seorang Ketua Cawangan Umno
yang meletakkan jawatan dan menyertai PPPS sempana majlis tersebut

Percubaan Isnin mencabar  Lajim hanya dalam pemilihan Presiden Persatuan bisaya Bersatu Sabah (PBBS)  yang ketika itu berada dalam parti PBS dan Isnin dalam parti Umno bagaimanapun Isnin tewas  terok dalam percubaannya mencabar pemimpin tertinggi suku kaum Bisaya itu yang digelar " Janang Gayuh" dikalangan etnik Bisaya 

Keterbeliti Isnin sebagai pemimpin parti hanya teruji dalam pemilihan jawatankuasa Umno Bahagian Beaufort  tahun 2008  bagi jawatan Timbalan Ketua bahagian yang  menewaskan pencabarnya Zahari Zinin dengan kemenangan tipis sebanyak 11 undi dimana kemenangan ini disifatkan oleh sebahagian pemerhati politik kerana faktor Isnin bersandar kepada pengaruh Lajim yang juga Ketua Bahagian Umno Beafort ketika itu.
Lajim (tengah) bersama golongan belia setempat yang bersedia menukar kerajaan


Kepada soalan lain mengenai isu pembangunan yang dibangitkan oleh Isnin, Lajim yang juga bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengakui memang banyak pembangunan disalurkan semasa beliau menjadi pemimpin dalam kerajaan .

Bagaimanapun menurut Lajim pembangunan tidak akan ber laku di kawasan yang beliau wakili sekiranya beliau hanya sebagai wakil rakyat sekadar memanaskan kerusi tanpa menyuarakan masalah rakyat dan meletakkan wawasan jauh bagi melihat keperluan pembangunan yang diharapkan oleh rakyat yang diwakilinya.

" Hakikatnya bila pembangunan ini dapat disalurkan, Wakil Rakyatnya telah berkerja dan menyuarakan masalah rakyat dan dengan ini menafikan tuduhan beliau (Isnin) saya tidak pernah menyuarakan masalah rakyat di sini" katanya 

Lajim menambah pembangunan bukan sahaja dari segi pembangunan fizikal dalam menyediakan prasarana kemudahan asas untuk rakyat bukan sahaja di Parlimen Beaufort tapi secara menyeluruh di Sabah  

Menurut beliau  pembangunan perlu  di lihat dari perpesktif yang lebih luas  termasukklah pembangunan  dari segi ekonomi, pendidikan , modal Insan (belia) dan lain-lain.

Memperincikan pembangunan ekonomi rakyat di kawasan tersebut Lajim berkata dengan wawasan beliau Projek Tanaman Kelapa Sawit di kampung Siantan yang dicetuskan ideanya semasa beliau menjadi Wakil Rakyat Klias telah berjaya dan dapat merubah taraf siso ekonomi rakyat di kawasan itu.

" Selain itu sebagai contoh cetusan idea bagi membuka kilang Kelapa Sawit dan Kilang Getah yang terdapat di daerah Beaufort juga turut membantu  rakyat terutamanya pekebun bagi memasarkan hasil tanaman mereka" katanya.



Lajim bersalaman dengan pemimpin dan penyokong sejurus tiba di majlis tersebut

Sambil mengajukan pertanyaan apakah yang beliau (Isnin) dapat lakukan semasa menjawat Ketua Pemuda Umno bahagian itu setelah beberapa panggal menjawatnya untuk pembangunan belia terutamanya dari segi ekonomi beliau Lajim berkata tidak ada sesuatu yang dapat dilakukannya bagi merubah taraf siso ekonomi belia di kawasan itu.

" Jangankan merancang program pembangunan belia secara menyeluruh, membawa masuk jabatan dan agensi kerajaan yang boleh membantu kaum dari segi  kursus kemahiran, bantuan pinjaman  bagi membantu golongan belia  menceburi bidang perniagaan dan  usahawan pun tidak dapat dilakukan" katanya.

Sehubungan dengan itu katanya rakyat khsusnya golongan belia perlu melakukan perubahan dari segi pemikiran dan tindakan bagi memilih pemimpin dan kerajaan yang boleh membela masa depan mereka.

Katanya dalam " Buku Jingga"  pakatan rakyat pelbagai agenda serta hala tuju yang jelas telah digariskan oleh pakatan untuk keadilan semua rakyat di negara ini

" Ia membawa harapan agar pengurusan ekonomi lebih cekap, telus dan adil agar pengagihan kekayaan itu dapat dinikmati rakyat terbanyak" katanya 

 Jelas Lajim, untuk mencapai keadilan sosial negara memerlukan suatu anjakan baru serta dasar ekonomi yang jelas dan saksama untuk mengupas dan menyelesaikan permasalahan ekonomi yang semakin menghimpit mutu penghidupan rakyat.